Petang Jumaat aku keluar ke pasaraya. Mahu membeli sedikit barang dapur sambil menikmati makan tengahari. Tahu jam berapa aku lunch? 4.00 petang. Hampir-hampir ke waktu makan malam. Menikmati makan tengahari sambil melihat mereka bermain bowling amat menyeronokkan.
Satu pemandangan baru bagi aku. Food Court yang terletak di antara bowling alley dan panggung wayang ditambah dengan makanan yang lazat... buat aku dan teman sebilik tersengeh gatal.
Aku mahu nasi. Jadi ini makan tengahari aku.
Kamu tentu sudah tahu. Tidak sah bagi aku jika tidak merakamkan aksi makanan-makanan yang sexy sebegini untuk tatapan. Memang berbaloi! Kalau mahu tahu lokasinya, jangan malu-malu untuk bertanya aku.