Thursday, April 28, 2011

Lagi Janggal

Malam ini aku akan ke KL bersama sepasang 'love bird'. Kawan-kawan aku juga. Tapi tetap terasa awkward bila berada di antara mereka. Aku sebolehnya tidak mahu mengganggu sebarang aktiviti yang melibatkan 'pasangan kekasih' kerana tidak selesa. Terasa asing sangat. Tapi, kerana aku ada agenda lain, perjalanan malam ini yang aku jangka akan membawa aku ke zon pelik, tidak akan mengganggu perasaan. Aku hanya perlu membawa beberapa peralatan sebagai bekal tika bosan. Tidak mengapa, seat belakang kereta, hanya aku seorang. Gamak bosan sangat, aku tidur saja. 

Aku berani mengambil risiko kerana tahu ada teman-teman lain yang boleh entertain aku di sana. Jadi, tidak mengapa kalau setibanya aku di KL nanti, aku boleh rancang aktiviti sendiri bersama teman-teman yang lain.

Wednesday, April 27, 2011

Janggal Lagi

Aduh. Dia ada lagi di situ. Dan aku? Seperti biasa, terus menyorok.

Tuesday, April 26, 2011

Janggal

Lebat hujan di luar tidak mampu menghilangkan debar di hati yang sedang berkecamuk. Aku nampak dia di situ, tetapi kaki berat untuk melangkah maju. Hati menghantar signal kepada kaki supaya melangkah ke sudut yang lebih tersorok. Manusia yang sibuk keluar masuk premis dan menikmati hidangan di hadapan mereka seakan tidak sedar kewujudan aku di situ. Sudah lama aku berdiri, tapi tidak ada seorang pelayan pun yang mahu peduli atau sekurang-kurangnya membawa aku ke meja yang belum ditempah. 

Aku kembali memerhati dari kejauhan. Terasa sangat janggal. hati seolah mahu menerpa ke arahnya tetapi akal seperti menghalang, membuatkan kaki terus kaku di sofa empuk, tidak berganjak. Aku mengharapkan dia menoleh. Mengharapkan dia akan ternampak aku di sudut ini. Aku berharap dan terus berharap. Hati dan akal sedang berbincang untuk mencapai satu keputusan mutlak.

Aku masih menunggu.

Aku akan tenang jika tidak nampak kelibatnya tapi boleh jadi tidak tentu arah bila mengetahui dia ada di situ. Wahai hati dan akal, cepatlah putuskan jawapannya kerana aku semakin buntu.

Sunday, April 24, 2011

Konflik

Hari hujung minggu baru-baru ini, aku cuba entertain seorang teman yang bertandang ke sini kerana ada tournament. Agak kucar-kacir perancangan hari minggu yang konon telah diatur awal. Agak penat dan tekanan jiwa melayan karenah tetamu seorang ni. Dah ada girlfriend lagi mahu manja-manaja dengan aku ke? Haish... bila jumpa face-to-face, tak ada pulak perangai gediks tu. Tapi, bila main text dengan aku, soalan yang dah ditanya, akan ditanya berulang-ulang kali. 

Hari ini dia dan kawan-kawannya sudah berambus ke Padang Besar. Itu pun ada hati suruh aku ponteng kerja temankan dia pergi shopping. Adeh, parah jiwa aku yang tenang. 

Erm.. layankan saja. Manusia ini, macam-macam karenahnya. Bagus jugak untuk kekuatan iman.