Sunday, October 24, 2010

Hati oh Hati

Aduh. Agak penat dan mula bosan bergaduh dengan orang yang tidak ada (atau kurang) perasaan. Aku agak sensitif kalau ada mereka yang ganggu aku di pejabat hanya kerana mahu berbincang hal-hal peribadi. Maksud aku, lelaki yang tidak puas hati bahawa panggilan telefonnya tidak dijawab oleh aku, lalu dengan penuh confident, dialed number opis aku hanya kerana mahu bertanyakan soalan yang aku sendiri malas nak jawab.

Ya. Bila tidak suka, semua benda jadi buruk. Kalau hati sudah suka, seluruh dunia indah belaka. Dan yang paling malang, hati aku masih boleh berbudi bahasa menjaga hati-hati mereka yang tidak berperasaan itu. Iu yang diajar, itu juga yang aku praktikkan.

"Jangan sesekali menyakiti hati orang lain jika mereka tidak berbuat salah dengan kita."

"Tapi, jika masih mahu meluahkan rasa yang terbuku, berterus-terang lah, kerana kebenaran merupakan kepahitan yang membahagiakan."

Dan aku tidak mempraktikkan kedua ayat di atas. Dan padahnya, aku terus membiarkan hati sendiri parah.

Aku tahu kebenaran itu menyakitkan, sebab itu aku tidak sampai hati meluahkan perasaan. Hukum karma itu sudah pasti berlaku. Kalau hari ini aku menyakitkan hati orang lain, sudah pasti di lain waktu hati aku pulak yang bakal disakiti oleh mereka yang aku sayang.

So, here's the verdict.

Layankan saja selagi boleh.

Wednesday, October 20, 2010

Maju 2010

Melaka Maju 2010.

"Sepatutnya Kedah yang dapat title tu, tapi Melaka yang dapat at last."

Macam-macam lagi komen-komen yang aku dengar daripada kawan-kawan terdekat. Aku bukan budak Town Planning, atau budak Law atau kamu-kamu yang aku rasa, sangat arif pasal penganugerahan sesebuah negeri oleh kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa.

Bagi aku, maju atau tidak bukan terletak pada gelaran atau title negeri itu. Komuniti itu sendiri perlu maju dari semua aspek. Bukan mahu menyindir siapa-siapa, tapi bila aku perhatikan, kebersihan sungai di Bandaraya Alor Setar pun masih berada di tahap yang tidak meyakinkan. Aku tidak cakap Melaka bersih berkilat sehingga membolehkan ia mendapat gelaran maju bermula tahun 2010. Melaka perlu mengekalkan, sekaligus perlu meningkatkan tahap maju dari semua sudut sama ada tahap kebersihan, kadar jenayah dan apa-apa yang di rasakan perlu.

Biarlah, tidak ada apa yang harus dikesalkan. Tidak mendapat status maju itu pun tidak bermakna komuniti di negeri ini tidak boleh hidup aman dan tenteram kan? Paling penting, pemikiran kita perlulah terus maju dan maju dan maju.

Monday, October 18, 2010

Berjalan di Tanah Gersang

Entah minggu bila, semasa aku jalan-jalan santai dengan teman sebilik, aku ternampak ada 2 ekor haiwan kutub yang sedang bertengkar. (Aku tak cakap bergaduh sebab nanti, kamu terbayang-bayang yang haiwan 2 ekor tu sedang bertumbuk pulak! Jadi, bertengkar lebih sesuai. Ala-ala bertengkar manja gitu.) Kesian aku tengok 2 ekor tu, letih agaknya. Maklumlah, tersadai di satu kawasan yang kering-kontang. Apa tak nya, 2 ekor tu kan haiwan kutub. Mana mampu bertahan di kawasan yang panas semacam itu!

Haish.., memang sadis la!