Wednesday, November 25, 2009

Alahai Kamu..

Aku curi-curi mengulat ke ofis lama selepas exam tadi. Bukan apa, teringatkan makde di rumah asyik hint pada aku pasal air BioAura. Jadi aku berlakon sedikit ala-ala muka tak malu datang juga ke ofis lama untuk tahan air itu 2 tong yang makde bekalkan kepada aku hampir sebulan lepas.

Ofis aku bukan tak mampu pasang water filter ni cuma bajet sudah terlebih semasa beli fridge 2 pintu yang permukaannya bercermin. Itu nasib baik tak beli yang ada mini t.v di pintu fridge. Kalau di rumah aku, tiada siapa mahu sponsor untuk pasang BioAura termasuklah aku. Heh!

Apa kamu tengok? Ini anak kera yang ditinggalkan ibu di ofis lama aku. Kawan aku tanpa toleh kiri kanan terus sambar buat anak angkat. Tengoklah sendiri. Sayang punya pasal sampai sanggup ke salon untuk buat gaya ala rambut Punk dan bertindik. Itu belum kira mata lagi. Contact lens! (Bab lens tu aku saja tambah bagi sedapkan cerita) Gila lah kawan-kawan aku nih!

Anak kera ini bakal memulakan percutian pertamanya ke Port Dickson sebab ofis lama aku akan buat Family Day di sana.

Semasa kawan aku sibuk load tong air BioAura ke dalam kereta, ada anak burung yang sesat jatuh berdekatan kami. Aku sendiri mula confius. Banyak pulak benda-benda comel yang terjah bila aku mahu balik. Ahh, rindunya pada kamu!

BlueBerry

Bermula semalam membawa ke hari ini, benda ini yang aku cari sebaik pulang dari kerja. Lebihan kek hari jadi teman sebilik 2 hari lepas. Biasalah, bila tiba hari-hari istimewa sebegitu, selalunya tuan punya kek tak sibuk pun sebab ada orang lain yang lebih teruja. Bukan apa, kalau aku tak habiskan sekarang, aku pasti lepas raya nanti kek ini akan jadi batu di dalam fridge. Dan selepas itu, semua orang akan buat-buat tak nampak saja batu itu dan mula tertanya-tanya:

"Apa benda ni?"

Dan benda yang tidak diketahui asal usul itu bakal dibuang begitu sahaja. Kesian kek itu huhuhu.... Jadi, tidak salah kalau aku tamatkan saja riwayat kek ini, sekarang!

Thursday, November 19, 2009

Tarikh Keramat!

23 dan 25 November 2009. Aku exam.

Exam yang amat penting. Antara hidup dan mati (kocek).

Wish me luck!

Saturday, November 14, 2009

Sisi Waras Manusia Aku

Orang cakap, kalau kita sayangkan seseorang. baik dilepaskan. Kalau dia kembali kepada kita, bermakna dia juga sayangkan kita. Tapi bagi aku, mengapa perlu dilepaskan seseorang yang kita sayang. Lainlah kalau dia memang tidak suka atau tidak ada perasaan sayang terhadap kita. Kalau itu berlaku, buat apa buang masa menagih dan merayu. Terima dan lepas saja dengan senang hati. Yakin, tuhan pasti ada perancangan yang lebih baik.

Memang agak sukar memuaskan hati jika melibatkan pihak lain. Apa tidaknya, hati sendiri pun susah nak dipuaskan, apatah lagi hati orang lain. Dari dulu aku sentiasa belajar setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikannya. Menerima sesuatu yang berlaku dengan lapang dada bisa mententeramkan jiwa. Buat apa berdendam dan mengotorkan hati sendiri dengan memikirkan sikap manusia yang tidak pernah mempedulikan perasaan dan keadaan kita. Kalau mereka bodoh, biar saja mereka bodoh sendirian. Jangan kita yang cerdik pandai ini terikut-ikut perangai bodoh mereka dengan menyimpan dendam dengan perangai buruk mereka.

Berbual-bual dengan Mode: Rindu memang membuatkan jiwa aku sedikit tercuit. Iyalah, bila dia bertanyakan kenapa aku semacam melarikan diri darinya dengan tidak menjawab panggilannya dan membalas mesej teksnya membuatkan aku mahu hentak saja lappy ke meja. Tapi, kesabaran masih menebal di dada. Dan rasa siuman masih melingkar di kepala membuatkan pertanyaannya itu aku sambut dengan gelak ketawa. Patutlah teman-temannya cakap dia slow. Baru aku tahu kenapa mereka berkata begitu.

"Dulu you memang plan nak kahwin dengan I ek?" Dia bertanya.

Apa jenis soalan dia tanya aku. Aku tak mahu buang masa aku cerita pasal hal-hal lama yang tidak membina. Jadi aku jawab dengan sopan.

"Kenapa tanya kalau dah tahu. Tapi, tuhan tu kan Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dia tahu mana yang baik untuk kita kan."

Baikkan aku, orang sudah sakitkan hati tapi masih menjaga adab-adab ketika berbual supaya tidak ada hati yang terluka.

Padahal jawapan hati aku begini:

"Ya Tuhan, nasib baik lah kita putus. Bagus juga lah kau bukan jodoh aku sebab ramai lagi lelaki hensem dan lebih pick up daripada kau yang slow ni."

Itu cuma kata-kata aku yang lagi satu. Kata-kata sisi jahat aku.

Apa pun, aku masih bersyukur sebab apa saja ujian Tuhan, semestinya ada kebaikan menunggu di hujung jalan. Alhamdulillah.

Ronda Di Musim Banjir

Tengahari itu, aku menemani seorang rakan ke Alor Setar untuk service kereta. Sengaja ikut jalan kampung untuk menjimatkan masa. Masing-masing teruja dan buat bising di dalam kereta sebab di kiri kanan jalan sudah di penuhi air. Takut dan simpati aku untuk mereka yang setiap penghujung tahun terpaksa menempuh keadaan ini.

Di Alor Setar, ada destinasi terpenting harus dituju sebelum ke pusat service kereta.

Menikmati se-plate yee mee panas di food court Tesco hanya untuk mengisi perut yang lapar memang tidak puas. Di musim hujan macam ni dan di waktu bulan-bulan sesak dengan RM, memang makan pun ala kadar.

Okey lah, apa saja yang melintas di depan mata, itu juga yang lalu di kerongkong. Janji perut terisi. Huhuhu...

Monday, November 2, 2009

Layan Blues..

Aku kebosanan malam ini kerana room mate aku out-station. Jadi aku mahu ketawa, bersuka ria macam orang gila lalu aku lepak-lepak di bilik sambil layan Bujang Lapok di TV2.

Ya. Kerja aku juga sudah siap setelah berjaga hampir jam 2 pagi semalam.

Seseorang buzzing aku di YM. Sorry, aku malas layan kamu sebab aku mahu tengok Tan Sri dan kawan-kawannya acting di kaca t.v.

Jangan marah aa.. :)