Monday, September 28, 2009

Cerita Makan Raya

Ini Lontong, makanan wajib aku di Hari Raya. Dan juga makanan yang wajib aku ulang 3-4 kali sehari. Juga bakal ulang 2-3 kali ke tandas.


Ini pula Burasak, ketupat orang Bugis. Nasi yang di masak menggunakan daun pisang. Nampaknya, Burasak ini tidak membawa sesiapa untuk ulang-alik ke tandas macam Lontong di atas.

Raya tahun ini agak gempak kerana hampir semua yang tuan rumah jamu, aku akan bedal semacam tidak pernah jumpa makanan. Juga paling gempak sebab aku makan sampai demam, hilang suara dan muncul pula batuk selsema. Dasyat betul Syawal 1430H aku.

Tidak seperti Nayli yang hanya makan ketupat dan Lontong, aku boleh makan semua juadah.

"Nayli nak nasi lemak ke ketupat?" suatu pagi bila kami sudah ready untuk bersarapan dengan hidangan tambahan iaitu Nasi Lemak Panas.

"I tak makan nasi Lemak time Raya. I makan ketupat saja."

Betul juga. Nama pun Hari Raya jadi makan juadah raya la. Setakat makan nasi lemak, hari bukan Raya pun bersepah. Heh!

Selesai Sesi Pembacaan

Aku habiskan juga pembacaan walaupun memakan masa yang agak lama. Tidak mengapa, ia sungguh berbaloi!

Friday, September 18, 2009

Aku Pulang Ke Selatan

Kalau tak ada aral, aku akan balik kampung malam ini. Jadi, aku hanya mahu ucap Salam Syawal 1430 buat kamu. Tak kisah kamu puasa atau tidak, hari raya tetap disambut meriah kan? Okey, jom bakar mercun!

Maaf Zahir Batin.

Wednesday, September 16, 2009

Dapat Juga Aku Petik Kamera Malam Itu

Kami singgah untuk solat di Masjid Zahir selepas berbuka puasa 2 hari lepas. Acara berbuka puasa beramai-ramai bersama teman-teman sungguh menghiburkan. Sudah lama aku mahu capture bangunan masjid ini, malam itu baru berkesempatan. Cuma camera phone aku agak amatur jadi hasilnya... boleh la tahan.

Ramadhan Yang Sesak

Aku rindu kota ini.

Hari itu, dapat juga aku menjengah walau sekejap. Paling penting, aku berkunjung ketika bulan Ramadhan. Berpuasa sambil jalan-jalan di kota ini memang cukup melegakan. Lega kerana suasananya membuatkan aku lupa akan lapar dan dahaga.

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Hari Merdeka!

Aku tahu, aku agak lambat untuk entry ini. Ah! Peduli lah. Aku penulis, aku tulis bila aku ada masa.

Jadi, Selamat Hari Merdeka ke-52 (Malaysia).