Tuesday, December 13, 2011

Sabar

Kebiasaan hari Selasa malam, tepat jam 10 aku akan layan Edisi Khas di TV3. Tapi cerita itu sudah tamat untuk sesi 2011 barangkali. Jadi hasrat di hati mahu layan Senario saja. Tapi hasrat itu terpaksa dibatalkan sehingga aku membawa diri melepak dan mem-blog di dalam bilik. Apa tidaknya, teman serumah aku ini memang queen-remote-control. Jam 9 tadi aku kasi chance dia layan Cinta Elisa sambil dia sulam tengok Masterchef Malaysia di channel berapa ntah?. Aku sabar. Ini, masuk jam 10, bila cerita Senario dah start intro lagu tema, senang-senang je dia tukar channel 104 untuk tengok 'money drop' hape ntah. Adoi! Tu yang aku malas keluar ke hall untuk bersosial dengan dia. Bukan sombong, cuma citarasa kami berbeza haluan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 19, 2011

Usaha

Sedang siap sedia untuk tidur tapi tiba-tiba terdengar bunyi bising. Seperti bunyi mixer kuih. Eh, ada orang buat kuih ke kat luar tu? Dari dalam bilik aku keluar menjengok ke hall. 

"Buat apa pulak tu?"

"Oh, nak buat pancake."

Gigih pulak lewat malam ni buat adunan pancake. Padahal senang je adunan lempeng tu.

***

Bangun pagi dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sekali lagi aku terdengar bunyi bising, tapi kali ini di ruang dapur. Bunyi mixer pengadun pancake. Mesti hebat dan lazat pancake housemate aku tu.

    Sunday, October 2, 2011

    Pintu

    "You kat mana?" Suara di hujung sana bertanya.

    "I kat rumah." Balas aku pendek.

    "Kat rumah mana? Your Mom ke?" Dia bertanya lagi.

    "Aah. You kat mana?" Aku pula bertanya.

    "Kat bengkel ni.." Dia menjawab.

    Oh. Ingatkan dia di Kedah. Tanya aku macam la dia ada di sini.

    "You. " Dia panggil aku.

    "Iye."

    "I nak cakap sikit dengan you." Sambung dia.

    "Apa dia?"

    "Esok I bertunang."

    "Iye. Dengan kawan you tu ek?"

    "Aah." Dia menjawab ringkas.

    "Siapa nama dia?" Aku bertanya.

    "xxxxxxxx." 

    "Okay. Congratulation. Bagus la. Buat apa tunggu lama-lama." Aku membalas dengan keterujaan, agaknye la. Bukan apa, sebab dalam masa sama memikirkan bila pula giliran aku?

    Dan perbualan kami berlarutan ke perkara-perkara yang berkaitan keluarga dan permulaannya membuat keputusan untuk bertunang. Dan pasal nama bakal tunangan kawan aku ini, bukan aku sengaja rahsiakan. Cuma aku sudah lupa apa nama dia. Nampak sangat aku tidak fokus semasa berbual. Yang pasti, aku cuma minta dia update aku pasal majlis kenduri kahwen mereka nanti. Aku tidak mahu terlepas peluang melihat teman aku yang seorang ini naik pelamin.

    Once again, Congratulation Mr. Mechanic.

    Saturday, October 1, 2011

    Chit Chat

    Semalam, semasa perjalanan aku menghantar makde ke stesyen bas, aku berkongsi cerita dengannya pasal cinta. Memang begitu lah kami, berkongsi pengalaman dan pendapat tanpa ada rahsia. Makde memang mengamalkan dasar terbuka dengan anak- anaknya. Aku juga mahu buat begitu jika diberi peluang, insyaallah.

    Dalam menjalinkan hubungan perasaan dengan mana-mana manusia, aku meletakkan satu prinsip mudah; 'Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mengecewakan.' Jadi aku tidak meletakkan sebarang pengakhiran yang membahagiakan. Cuma yang ini lain sedikit. Aku seakan dapat merasakan bahagia sekurang-kurangnya buat masa ini dan itu sudah mencukupi.

    Bila aku mula mengambil langkah pertama untuk meninggalkan masa lalu dan mula dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan wajah-wajah baru, masa lalu seakan cemburu dengan perubahan aku. Ia mula mengetuk-ngetuk tangkai hati, membuatkan aku mula berkira-kira. Sebenarnya, keputusan aku sudah pasti, cuma perasaan kasihan ini sangat menebal menyebabkan aku tidak sampai hati untuk berlalu pergi. Makde cakap, orang yang bercinta sama juga dengan orang yang mencari kerja. Bila masa tak ada peluang, tiada siapa pun datang merisik. Namun, bila satu peluang datang, banyak pulak yang memberi tawaran. Dari situ, kita perlu lah pandai memutuskan yang terbaik untuk kita sama ada masa kini dan akan datang.

    Aku perlu menjarakkan diri buat sementara waktu. Biar kesunyian dan kesibukan hidup bercampur sebati. Jadi mudah untuk aku tinggalkan masa lalu.

    Published with Blogger-droid v1.7.4

    Friday, September 16, 2011

    Tafakur

    Minggu ini, hanya berehat-rehat di rumah. Ajakan teman-teman untuk ke jamuan raya di Kuala Lumpur aku tolak dengan alasan banyak jemputan majlis kahwen terpaksa dipenuhi. Rupa-rupanya badan menuntut supaya berehat tanpa ke mana-mana. Kekurangan rehat menyebabkan kepala sakit, angin penuh badan dan cirit-birit. Sudah lama tidak sakit.Bila sesekali sakit, rasanya amat memeritkan.

    Aku perlu juga memastikan situasi badan kembali stabil menjelang esok pagi. Membayangkan cuaca kini tak menentu, dengan panas dan hujan tiba-tiba, tubuh badan perlu juga lasak menghadapi semua kemungkinan yang berlaku.

    Moga dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
    Published with Blogger-droid v1.7.4

    Sunday, September 11, 2011

    Basi

    Pagi yang spoiled. Aku tak suka pagi yang dingin nyaman begini dimusnahkan oleh sepasang 'love bird' yang mencurigai sesama sendiri. Kamu dah berkawan lama kot, takkan tiap kali berbual asyik nak marah-marah dan bertekak saja. Bising okay.

    Itu setakat yang aku dengar. Tak tahu lah kalau ber-mesej teks pun kamu masih tuduh-menuduh dan salah-menyalah. Bukan aku curi dengar perbualan kamu, tapi kalau memang kamu sengaja bercakap berhampiran aku dengan nada umum, apa lagi yang perlu aku buat. Takkan aku pula yang perlu keluar dari territory sendiri semata-mata mahu beri laluan untuk kamu berdua berperang.

    Dan yang paling klimaks, bila kamu suka sangat libatkan orang ketiga bagi mencari jalan penyudah. Aku. Aku kamu jadikan bahan penebat bagi meneutralkan api cemburu kekasih kamu. Aduh.

    Aku lah orang yang paling sakit di antara kamu.

    Jadi, tolonglah. Kalau nak gaduh, bertekak, bising-bising..., go and get your own room!
    Published with Blogger-droid v1.7.4

    Wednesday, August 24, 2011

    Perebutan Kuasa

    Bila kamu diminta untuk menjadi orang tengah dalam menyampaikan apa-apa hajat, kamu patut merasakan ada sebab tertentu mereka memilih kamu dan antaranya:
    1. Kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang kamu dapat menyampaikan dengan jelas maksudnya.
    2. Kamu seorang yang neutral, pasti kamu tidak bersangka-sangka dan memihak kepada sesiapa.
    3. Kamu seorang yang adil.
    4. Kemahiran berkomunikasi kamu memang yang terbaik.
    5. Kamu seorang yang disegani sehingga apa yang disampaikan atau sebarang permintaan oleh orang yang minta bantuan kamu, pasti mendapat keputusan yang positif daripada si penerima hajat.
    6. Dan bermacam-macam lagi perkara murni ada pada kamu.
    Tapi, kamu pasti tidak keruan bila yang memohon bantuan kamu itu adalah ibu kamu dan dia mahu kamu menyampaikan hajat kepada abang kamu supaya dia ikut kamu dan ibu kamu pulang berhari raya di kampung. Maknanya, tahun ini tidak perlu beraya di rumah ibu mertua abang kamu. Dan kalau kakak ipar kamu mahu juga menyambut Syawal di rumah ibunya, abang kamu pulang sendirian sahaja tanpa anak isteri bersama.

    Wah! Semacam mahu hantuk-hantuk saja kepala aku ini ke dinding yang berbatu-batu kasar. Kalau dinding itu ada serpihan-serpihan simen pecah, lagi bagus. Baru sedap ia menggosok-gosok kepala aku yang sakit mencantum-cantum ayat paling bombastik.

    Tuesday, August 9, 2011

    Berpeleseran

    Keputusan itu kadang-kadang sukar untuk dibuat. Tapi, ia perlu juga diputuskan, walau tidak untuk kebaikan orang lain tapi sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Untuk lari dari kebiasaan sangat-sangat mencabar kewarasan. Untuk berkembang, kita perlu berubah, dan untuk melakukan sesuatu perubahan kita perlu wujudkan satu perasaan yang melampau. Aku maksudkan sesuatu perasaan yang melampau dari sudut pandangan yang positif dan membina.

    Tapi, waktu ini aku sedang melangkah longlai. Tidak ada cetusan atau ledakan yang berlaku dalam hati. Adeh, mana buku-buku letusan jiwa yang aku pinjam di sana sini? Perlu memuncakkan kembali nafsu perubahan agar hidup terus mencabar. 

    *Shuffle.

    Monday, August 8, 2011

    Biasakan Diri dengan Tidak Selesa

    Cuti berhari raya sudah diluluskan. Tidak lama yang aku ambil, cuma 3 hari. Tapi agak lama kalau dicampur dengan cuti 'free' yang diberi kerajaan. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku apply seminggu dua lagi. Biar habis kesemua baki cuti tahunan. Tapi, apakan daya. Aku penjawat awam, perlu berkerja untuk negara tercinta.

    Hari ini di pejabat agak sunyi. Bulan puasa biasanya masing-masing sibuk memenuhi aktiviti keagamaan. Untung bagi kamu-kamu yang berada di opis besar, boleh jugak bergilir-gilir menjaga opis disebabkan mempunyai kekuatan yang kuat. Tapi di tempat aku, agak susah sikit nak menyelit walau seorang dua. Kesannya sangat ketara. Contohnya macam hari ini, 3-4 orang ke Pusat Islam sebab ada 2-3 aktiviti yang menanti. Aku dan 2-3 orang lagi, perlu jugak bergilir-gilir kalau-kalau mahu keluar ke bilik air. Susah kan?

    Haish... 

    Wednesday, August 3, 2011

    Julai berlalu Ogos Bertandang

    Hampir separuh Julai aku habiskan masa di Bandaraya Bersejarah, Melaka atas urusan kerja. Tugas rasmi yang boleh disulam dengan hiburan-hiburan menyihatkan minda. Sesekali berjauhan dengan meja kerja sangat-sangat memotivasikan diri. 

    Dan separuh bulan lagi menghabiskan sisa-sisa Julai aku lalui dengan berat hati sebelum menunggu tibanya Ogos yang syahdu. Lebih tepat lagi, kerinduan pada Ramadhan tidak tertahan rasanya. Jadi, hari ini masuk puasa ketiga bagi tahun ini. Rasa cepat masa berlalu. Aku tak mahu Ramadhan berlalu begitu laju, jadi aku perlu merangka bermacam aktiviti bagi mengelakkan daripada terlalu memikirkan pasal pemergian Ogos 27 hari dari sekarang. 

    Pheww..! Emosi semacam saja jiwa ni.

    Saturday, June 25, 2011

    Penafian

    Aturan Tuhan itu sudah tepat, cuma manusia saja masih degil.

    Aku antara manusia yang degil itu.  

    Lumrah mahkluk Tuhan, hanya akan puas bila kepala di hantuk benda keras, baru tersedar dan rasa sakit.

    Tuesday, June 21, 2011

    Hakikat

    Adeh. Belum masuk 2 minggu training, badan aku letih dan trauma sana sini. Ankle injured, tangan bengkak, belakang badan sakit-sakit dan tenaga cepat betul kekeringan. Rasa macam diserap oleh matahari, terasa badan sudah hilang cecair segar. 

    Gamaknya, sudah lama tak turun exercise, badan ini pun sudah berkarat dan hilang keanjalan. Mahu juga menafikan faktor usia penyebab semua ini terjadi, tapi bila difikir-fikirkan semula... ada kebenarannya. Perut cepat pulak berbunyi selepas training. Lepas makan, mata semakin kuyu. Haish... penangan umur memang bikin cemas saja. 

    Sudah lama tidak main panas matahari, buat kulit manja terlampau.

    Pheww! Di luar panas terik tapi mata dah ngantuk, aku masuk tidur saja tengahari ini. Nite. 

    Saturday, June 18, 2011

    Sengaja

    Berdiam diri selama mungkin. Itu matlamat aku setakat ini, sebab aku yakin.. hasilnya sangat lumayan. Dan hingga ke hari ini, hasil daripada pemencilan dan kesabaran aku, kamu-kamu yang tidak peduli sudah mula menoleh.

    Sesekali jadi bisu, boleh buat orang lain panas punggung kan?

    Monday, June 13, 2011

    Harapan

    Tiada apa yang aku mahu untuk bulan ini, cuma mood yang baik daripada seorang majikan kepada pekerja. Harap-harap angin 'Si Kucing' luar biasa baik, jadi senang lah 'Si Tikus' keluar menari-nari untuk tugasan luar yang bakal tiba Julai ini. 

    Hidup Itu Satu Cabaran

    Cabaran yang mempunyai banyak pecahan dan dahan. Cabaran yang membuatkan seseorang lasak menghadapi badai realiti. Tapi, tidak semua orang dapat menanganinya. Maksud aku, setiap orang ada cara untuk menepis dan mengharungi ribut petir kehidupan masing-masing.

    Jadi, walau seyakin mana pun aku katakan yang dinding batu itu keras, tapi kalau kamu tetap juga mahu mencuba menghantukkan kepala kamu ke dinding itu, maka aku dengan rela membiarkan saja perbuatan itu. Tipu kalau aku katakan yang aku langsung tidak terkesan dengan tindakan kamu, tapi apa lagi yang boleh aku buat. Fitrah manusia tidak akan puas selagi tidak mencuba. Biar hancur dan luluh jiwa melihat kamu terluka, namun itu saja jalan terbaik untuk kamu mengingati segala hasil daripada perbuatan kamu sendiri. Itu hakikat yang perlu kamu tanggung.

    Pelajaran yang bakal kamu lalui hanya akan kamu rasai sekali. Namun jika kamu diberi peluang kedua, aku hanya berharap kamu tidak sia-siakannya kerana peluang sebegitu jarang berlaku. Kita tidak akan mendapat dua ganjaran dengan sekali usaha yang dikerjakan, dan kita juga tidak dihidupkan hanya untuk melebihkan sesuatu perkara. Semuanya perlu seimbang. 

    Percayalah kamu, jika suatu hari kamu terasa terlalu bahagia, dikemudian hari sudah pasti hari yang paling murung bakal menjenguk. Jika hari ini kamu hanya dihidangkan dengan gelak ketawa, sudah pasti kamu akan berduka hiba dengan tangisan sepanjang masa. 

    Hidup ini sudah cantik aturannya. Hanya kamu perlu touch-up mana yang patut.

    Aku tulis ini bukan untuk kamu saja, malah aku tulis untuk diri aku juga.

    Thursday, May 19, 2011

    KLite

    Lagi ke Kuala Lumpur. Doakan aku selamat pergi dan pulang. 'Hujan' asid semakin menjadi-jadi di kota itu. 

    Haish...

    Saturday, May 14, 2011

    Peluang

    Aku hanya perlukan sedikit masa, untuk pastikan semuanya berjalan mengikut perancangan. Aku perlukan sedikit kekuatan untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Aku perlu banyak bersabar. Ya, aku hanya perlukan itu.

    Thursday, April 28, 2011

    Lagi Janggal

    Malam ini aku akan ke KL bersama sepasang 'love bird'. Kawan-kawan aku juga. Tapi tetap terasa awkward bila berada di antara mereka. Aku sebolehnya tidak mahu mengganggu sebarang aktiviti yang melibatkan 'pasangan kekasih' kerana tidak selesa. Terasa asing sangat. Tapi, kerana aku ada agenda lain, perjalanan malam ini yang aku jangka akan membawa aku ke zon pelik, tidak akan mengganggu perasaan. Aku hanya perlu membawa beberapa peralatan sebagai bekal tika bosan. Tidak mengapa, seat belakang kereta, hanya aku seorang. Gamak bosan sangat, aku tidur saja. 

    Aku berani mengambil risiko kerana tahu ada teman-teman lain yang boleh entertain aku di sana. Jadi, tidak mengapa kalau setibanya aku di KL nanti, aku boleh rancang aktiviti sendiri bersama teman-teman yang lain.

    Wednesday, April 27, 2011

    Janggal Lagi

    Aduh. Dia ada lagi di situ. Dan aku? Seperti biasa, terus menyorok.

    Tuesday, April 26, 2011

    Janggal

    Lebat hujan di luar tidak mampu menghilangkan debar di hati yang sedang berkecamuk. Aku nampak dia di situ, tetapi kaki berat untuk melangkah maju. Hati menghantar signal kepada kaki supaya melangkah ke sudut yang lebih tersorok. Manusia yang sibuk keluar masuk premis dan menikmati hidangan di hadapan mereka seakan tidak sedar kewujudan aku di situ. Sudah lama aku berdiri, tapi tidak ada seorang pelayan pun yang mahu peduli atau sekurang-kurangnya membawa aku ke meja yang belum ditempah. 

    Aku kembali memerhati dari kejauhan. Terasa sangat janggal. hati seolah mahu menerpa ke arahnya tetapi akal seperti menghalang, membuatkan kaki terus kaku di sofa empuk, tidak berganjak. Aku mengharapkan dia menoleh. Mengharapkan dia akan ternampak aku di sudut ini. Aku berharap dan terus berharap. Hati dan akal sedang berbincang untuk mencapai satu keputusan mutlak.

    Aku masih menunggu.

    Aku akan tenang jika tidak nampak kelibatnya tapi boleh jadi tidak tentu arah bila mengetahui dia ada di situ. Wahai hati dan akal, cepatlah putuskan jawapannya kerana aku semakin buntu.

    Sunday, April 24, 2011

    Konflik

    Hari hujung minggu baru-baru ini, aku cuba entertain seorang teman yang bertandang ke sini kerana ada tournament. Agak kucar-kacir perancangan hari minggu yang konon telah diatur awal. Agak penat dan tekanan jiwa melayan karenah tetamu seorang ni. Dah ada girlfriend lagi mahu manja-manaja dengan aku ke? Haish... bila jumpa face-to-face, tak ada pulak perangai gediks tu. Tapi, bila main text dengan aku, soalan yang dah ditanya, akan ditanya berulang-ulang kali. 

    Hari ini dia dan kawan-kawannya sudah berambus ke Padang Besar. Itu pun ada hati suruh aku ponteng kerja temankan dia pergi shopping. Adeh, parah jiwa aku yang tenang. 

    Erm.. layankan saja. Manusia ini, macam-macam karenahnya. Bagus jugak untuk kekuatan iman.

    Monday, March 28, 2011

    Undangan

    Hari ini birthday kawan aku. Jadi, husband dia ada kejutan untuknya. Maka, Si Husband dengan perasaan teruja menjemput aku dan beberapa teman untuk menjadi sebahagian daripada rancangan gempak dia. 

    Aku puasa hari ini. Puasa sunat, jadi perasaan teruja itu agak malap daripada biasa. Demi kawan-kawan, apa salahnya memeriahkan undangan. Boleh jugak berbuka puasa dengan menu istimewa. Malam ini makan steamboat. Hehe... bukan istimewa sangat pun makan steamboat kat tempat pilihan malam ini, tapi demi kawan-kawan, aku cuba berdrama queen sebagus mungkin.

    Alah, layankan saja.

    Wednesday, March 23, 2011

    Hidup Aku Seperti Jigsaw Puzzle

    Itulah sebabnya aku agak berat nak hebahkan kepada kawan-kawan kalau aku ke Kuala Lumpur. Takut ada yang kecik hati. Aku tak dapat nak penuhi semua undangan sosial setiap orang. Mungkin, kalau berkereta agak ringan sedikit bebenan masa untuk berjumpa. Tapi, kalau menggunakan kenderaan awam samada darat atau udara, memang sangat berat mengatur langkah ke setiap destinasi. 

    Namun, bukan bermakna aku akan berjumpa hanya seorang teman sepanjang urusan aku di sana. Mana yang sesuai dengan masa senggang aku, boleh saja diajak berlibur. Cuma, tempoh masa untuk bersama tidak dapat dilanjutkan sehingga 24 jam. Separuh hari, atau beberapa jam untuk lepak di kedai makan sudah berbaloi. 

    Jadi, aku cuba buat kira-kira agar semua pihak berpuas hati. Kalau aku gagal, aku perlu menggunakan perancangan kecemasan atau lebih tepat, Master Plan. JANGAN BAGITAU SESIAPA PUN PASAL KEPERGIAN AKU KE SANA. Settlekan segera urusan, kemudian pulang dengan lapang dada. Aku tak jumpa mereka, mereka juga tak berjumpa aku. Fair.

    Thursday, March 17, 2011

    Ilmu 'Alam'

    Sesampai di ofis, terus mencari-cari vaseline di dalam handbag. Colek sedikit isi perutnya yang jernih itu lalu aku sapu di ibu jari kaki kanan. Dah lama rasa sengal ni mencucuk-cucuk setia kali berjalan. Mungkin signal untuk aku berseliper nipis ke pejabat selepas ini. Tiada lagi wedges atau high heels. 

    Mungkin, itu juga yang berlaku bila hati kita berdebar-debar ingatkan seseorang. Satu persatu wajah yang dirindui atau segala kenangan manis ketika bersama menghentak-hentak kotak hati dan jantung. Atau, mungkin juga perasaan sunyi menyebabkan arkib di kepala kita mula memutarkan semula rekod-rekod lama yang dah berhabuk. Maka, tindakan seterusnya bakal mengejutkan teman-teman yang sudah lama tidak dihubungi. 

    Entah. Aku cuma simpulkan sendiri setiap perkara atau tindakan yang dilakukannya. Perasaan takut dan malu kerana sudah lama tidak bertanya khabar itu memang akan ada. Tapi jika kamu mahukan sesuatu, usah dipeduli semua perasaan yang bakal menutup segala peluang. Untuk mendapatkan sesuatu ilmu, kamu perlu peka. Kutip setiap yang berlaku dalam hidup kamu sebagai pengajaran di kemudian hari. Tapi, bila bercakap pasal diri orang lain, agak sukar untuk berbuat apa-apa kalau orang itu sendiri tidak mahu memulakan sesuatu pembaharuan dalam hidupnya. Kalau ikutkan hati aku, mahu saja aku lecture puas-puas. Tapi manusia ni lumrahnya begitu, tunggu terantuk baru lah nak sedar dan akui yang dinding batu itu keras rupanya.

    Wednesday, March 16, 2011

    Vakum

    Seluruh tenaga aku semacam disedut oleh setiap ruang di segenap penjuru bilik yang aku huni. Kering. Mata aku jadi letih. Jari-jemari kaku. Tapi otak aku ligat berkeliaran mahu mencurah-curahkan idea yang terbuku di setiap sendi kepala. Arghhh..! Sesak. Aku kalut mahu menyelamatkan semua idea-idea supaya setiap dinding blog ini penuh. Tapi, sistem pergerakan badan seperti tidak mahu bekerjasama. Bunga-bunga di hati juga sibuk mahu bercambah ketika ini. Kelopak-kelopak yang galak berputik, rancak mengetuk-ngetuk deria perasaan supaya berbuat sesuatu. Aduh. Mana satu ni?

    Apa-apa pun, aku perlu terus berbisik kuat agar sistem logik aku terus celik dan fokus. Ada banyak lagi teka-teki yang perlu aku rungkai dan selesaikan. Juga bahan-bahan pembacaan yang perlu aku habiskan kerana terlalu lama aku pinjam. Tentu tuannya sudah mula berkira-kira bila masa yang sesuai untuk memulakan perhitungan dengan ku. Aku juga mula merangka untuk wujudkan sejenis hobi baru.

    Menjahit. Hey! Jangan ingat ia idea yang kelakar. Satu pelaburan yang baik untuk masa depan. Hujung minggu mungkin masa yang sesuai untuk ke kelas. Kena mula mencari-cari peralatan yang paling tajam. Gunting dan jarum. Oh, jangan dilupa benang dan measurement tape.

    Wish me luck!

    Monday, March 14, 2011

    Biasa-biasa Saja

    Bila diamati, aku tidak mempunyai lagu-lagu yang boleh aku dendangkan bagi menggambarkan rasa kekesalan aku meninggalkan seseorang; kerana aku tidak pernah meninggalkan seseorang atau pun sekumpulan orang. Maksud aku, memulakan perpisahan. Maka, bila aku enjoy dengan sesebuah lagu berkaitan dengan tema meninggalkan, ia hanya kerana lagu itu sedap untuk didengar.

    Kamu percaya hukum karma? Ya, aku percaya kerana bila kita menanam benih padi, maka kita akan mendapat padi di kemudian hari. Kita tidak mungkin mendapat pokok getah. Tapi, berkemungkinan benih-benih yang tidak kita tanam juga akan datang menempel sekiranya tidak dijaga dengan baik. Contohnya, pokok lalang dan bermacam jenis musuh pokok padi. Tapi, itu kes lain.

    Bila kamu beri yang baik, akan dapat balasan baik. Jika tidak, akan berlaku sebaliknya. Tapi, jangan pulak kamu menipu hanya kerana tidak mahu berterus-terang semata-mata mahu menyatakan perkara baik sedangkan hakikatnya sangat menyakitkan hati dan telinga. 

    Berterus-terang itu perkara lain dan menipu juga perkara lain.

    Jadi, dengan berterus-terang mengenai sesuatu perkara, walaupun ia amat memedihkan, ia bakal menjadi sesuatu yang melegakan jiwa setelah kamu kaji akibat daripada perlakuannya.

    Oleh itu, tanamlah benih padi dan berharaplah ia menghasilkan pokok padi yang baik. Namun, jika pokok padi tidak juga menampakkan hasilnya, sudah pasti ada salah di mana-mana. Dan, jika pokok getah yang tumbuh, itu memang ajaib kerana, pokok getah mana boleh hidup di dalam air. Heh!

    Friday, February 18, 2011

    Biar Saja Angin Itu Terus Berlalu

    aku pulang
    tanpa dendam
    ku terima.. kekalahan ku..

    Kebenaran itu memang menyakitkan. Aku dah agak benda ini pasti berlaku. Bila suka sangat pasti mengundang derita. Tapi sekurang-kurangnya, jawapan sudah ada di tangan. Bidang kepakaran aku, untuk serap jawapan-jawapan negatif. Hati memang sakit, tapi lama-lama akan terbiasa.

    Lama tidak latih hati untuk jadi cekal. Sesekali begini, bagus jugak untuk kekuatan otot-otot dalaman.

    Orang cakap, kecantikan abadi bermula dari dalam. Maka, teruskan dengan niat hati yang tulus. Aku perlu profesional.

    Be strong girl!

    Saturday, February 12, 2011

    Morning Glory

    Bangun agak awal pagi ini. Tapi, biasanya hari-hari minggu memang aku bangun pagi, ke pasar beli ikan untuk kucing-kucing.Tapi bangun pagi ini agak lain sikit sebab aku terus mandi. Biasa, kalau nak ke pasar, aku tak mandi pun. Yela, bau ikan semua melekat kat baju, balik nak mandi jugak kan?

    Pagi ni, aku tak ke pasar, tak ke taman untuk ber-jogging. Pagi ni aku bangun pagi untuk ke masjid. Hantar makde ke masjid yang betulnya. Ada kursus haji.

    Fresh pagi ni sebab takda siapa kat rumah, hanya aku seorang diri bersama si kucing-kucing. Yang seekor, terkejar sana terkejar sini keluar masuk rumah. Yang seekor, lepak-lepak malas atas meja makan kat dapur. Al-maklumlah, bunting.

    Dah lama tak dengar dan tengok berita. Bagus jugak ada FB sebab kawan-kawan rajin update status terkini. Hosni Mubarak pun dah letak jawatan. Mahu baca situasi-situasi terkini sekitar dunia luar kejap. Lepas tu, baru start buat report meeting.

    Eh, aku nak goreng nugget buat breakfast dulu. Lapar pulak tiba-tiba.

    Friday, February 11, 2011

    9th Day of the CNY

    Aku refer ke Wikipedia, patut la berdentum-dentam bunyi mercun, sampai kucing-kucing aku bulat bijik mata sebab cuak.

    Tapi, tak kisah. Aku tetap suka. Main la apa pun, janji Malaysia aman tanpa perang. Maksud aku, perang mulut sesama ahli politik tetap akan berlaku, tapi jangan main baling-baling bom macam kat negara luar tu, sudah lah.

    Tuesday, February 8, 2011

    m.f.e.o

    Aku tak tahu lah ianya cinta ke hape? Tapi perasaan ni rasa melayang semacam. Angau? Mungkin jugak. Atau, mungkin jugak kejutan (sebab aku banyak habiskan masa dan kredit handphone aku fikirkan si dia). Sudah banyak aku tempuh cinta jarak jauh ni, tapi yang ini lain macam sikit. Mungkin ada signal di mana-mana? Tapi tetap, aku tidak nampak atau dapat simpulkan dengan deria keenam aku. Grrr... sudah berkarat semua skill. Dah tak boleh digosok dengan kertas pasir untuk kembalikan sinarannya.

    Yang satu ini agak liat. Tiada apa yang istimewa tapi yang ini jugak yang menyentap-nyentap tangkai hati. Aduh! Rosak jugak macam ni. Lagak macam main tarik tali pulak aku rasa.

    Cinta hati sebelum ini terus diam beribu-ribu bahasa dengan alasan berpindah tempat kerja. Namun aku seolah tidak peduli. Terus diam dan tiada sebarang tindakan maka aku simpulkan kamu tidak berminat. Tiada paksaan di situ. Dan aku harus teruskan dengan perenggan hidup yang lain.

    Nak cakap aku perasan, boleh jugak. Tapi itulah hakikatnya. Cuti Raya Cina aku ambil kesempatan untuk berjumpa si dia. Ya, memang memberi impact yang kuat. Sampai aku demam. Terpaksa tambah cuti lagi sehari. Bukan apa, demam sebab tidur lewat+tak cukup rehat (dating dengan si dia+jalan-jalan santai di i-City). Bukan best sangat pun i-City tu, hanya pokok-pokok berlampu. Cukup hanya sekali. Tapi, kalau ada kawan-kawan yang berkeras mahu pegi, aku boleh tunjukkan jalan.

    Ya, dan ya. Aku cakap pasal si dia.

    Nota: Sorry kalau aku tak contact kawan-kawan semasa aku di Shah Alam baru-baru ini. Aku ada family gathering. Pegi dating pun 'curik-curik' hehe..

    Harapan Kembali Membawa Ceria

    Penghujung November 2010 hingga ke akhir Januari 2011, agak berserabut jiwa, akaun di bank, celahan purse, timbunan habuk di meja kerja dan bermacam-macam lagi perkara yang buat aku panas bontot. Jadi, sebelum cuti Raya Cina baru-baru ini, aku kasi settle semua masalah (bukan semua, sikit saja sebenarnya). Masalah, kalau semuanya berpunca daripada aku, senang sangat nak rungkaikan. Tapi, bila membabitkan orang lain, agak sukar untuk aku selesaikan

    Tapi, apa pun.. aku perlu hadapi. Aku perlu luahkan agar semuanya jelas.

    Orang cakap, walau apa pun keputusannya, yang penting kita telah berusaha dan mencuba sehabis daya. Permintaan aku untuk bertukar ke department lain tidak mendapat persetujuan dari Big Boss. Alasan aku kerana kekurangan kerja. Aku tidak berasa tercabar dengan kerja-kerja yang dilakukan kebelakangan ini. Jadi aku putuskan mahu berubah angin dan mahu belajar sesuatu yang baru. Yang mencabar minda dan jasmani. Namun alasan Big Boss, dia banyak kerja untuk aku. Dan sebagai balasan di atas kejujuran aku berterus terang, aku dicambahkan dengan kerja-kerja ad-hoc! Rencam!

    Eh? Kamu tahu ke rencam tu apa?