Monday, February 13, 2012

Sembuh

Mr. Bff telefon aku tadi. Mulanya, aku malas angkat konon merajuk. Tapi panggilan keduanya aku layankan saja (padahal rindu), heh!

Berbual sekejap kemudian aku tunjuk tangan aku untuk raih simpati. Dia terkejut kot.

"Huhu..dah buruk tangan I."

"Alaa..jangan la risau. Nanti baik la tu. Letak ubat okay?"

Haha! Dia pujuk aku? Kebelakangan ni, dia dah cool sikit. Sudah ada lenggok seni untuk ambil hati perempuan macam aku. Kalau tidakkKK..!?? Macam kayu, tak ada perasaan langsung.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, February 10, 2012

Tidak Mahu Komen!

Mr. Mechanic mintak pendapat aku berkenaan hal tunangnya, yang tiba-tiba saja tidak ada hati mahu meneruskan majlis pernikahan mereka yang di jangka pada hujung tahun ini. Aduh! Sudah-sudahlah aku dengar pasal berita sedih kawan-kawan. Bukan aku merungut, cuma ia buat aku sendiri gentar mahu hadapi hidup yang mencabar. Aku dalam dilema. Dalam penafian sebenarnya. Lumrah hidup memang begitu. Ada turun dan naik.

Aku dimaklumkan yang tunangnya masih ada perasaan sayang, cuma tidak bersemangat untuk berkahwin. Itu perkara normal. Jadi aku bagi kata-kata yang tidak merisaukan teman aku itu. Okay, selesai!

Cuma yang buat aku malas, dia pulak teruja mahu kamcengkan aku dengan bakal isterinya itu. Siap rancang mahu buat aktiviti riadah atau senggang bersama-sama. 

"You plan okay, sebab I tau tunang I tu tak boleh plan aktiviti macam ni. Jangan risau la, I tanggung financial semua."

Ewahh! Aku ajak pegi Jepun kang, terjatuh rahang tu nanti.

Aku sudah lama tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti alam macam hiking dan sebagainya. Kalau ada pun, aku hanya buat dengan family atau set sosial. Itu pun, jogging keliling padang golf, atau pusing tasik.

Tapi, aku tetap keluarkan kata-kata yang sedap untuk halwa telinganya. Aku tidak janjikan apa-apa, cuma akan cuba tengok-tengok peluang yang ada kalau ada masa terluang. 

Thursday, February 9, 2012