Saturday, October 31, 2009

Halloween

Aku rindu matahari lalu aku cuba mengejarnya. Yey! Dapat!

Hakikat!


Susah untuk aku terima yang kucing itu manja. Dan susah juga aku mahu terima kucing yang manja itu dipenuhi bulu. Paling susah bila aku geram dengan kucing-kucing yang manja dan berbulu itu tetapi aku tidak dapat memeluk atau mengigitnya. Yaks! Bulu-bulu itu tidak bagus untuk sistem pernafasan aku, dan kamu juga.

Jadi, aku tengok saja dengan penuh dendam! Eee...geram!

Saturday, October 24, 2009

Bila Pacat Mula Menari II

Masuk hutan pagi tadi bukan semata mahu berjumpa sang pacat yang comel. Banyak lagi perkara-perkara menarik yang boleh dijumpai.

Pos terakhir di utara sempadan Malaysia-Thailand.

Tasik jadian di Hutan Sintok.

Pemandangan di tepi tasik.

Buahan kacip fatimah. Serius!

Akar Sintok.

Antara pokok yang tertua di Hutan Sintok.

Bila Pacat Mula Menari




Puas aku terlentang tertonggeng hanya untuk shoot model penghisap darah ini.

Friday, October 23, 2009

Esok Tetap Ada

Pulang awal ke rumah hanya kerana mahu mengikuti Bajet 2010 walaupun aku tidak tengok sangat bila sudah berada di depan televisyen. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya bunyi-bunyian itu dapat juga melintas di dalam telinga aku.

Aku silap. Tidak ada Bygone di kedai. Yang ada hanya Baygon. Dan tidak ada lintah di Hutan Sintok. Yang ada cuma pacat. Heh!

Jadi aku tidak beli sebarang racun serangga.

Teman sebilik aku cakap, dia ada ubat pacat. Bagus. Harap-harap pacat lebih suka makan ubat itu daripada darah aku.

Wednesday, October 21, 2009

Aktiviti Tambahan Yang Mendebarkan

Jam 7.05 malam baru aku keluar dari ofis. Agak sibuk hari ini sebab Menteri Pengajian Tinggi datang menjenguk di lembah ini. Dan banyak pula kerja-kerja ad-hoc yang muncul.

Esok aku bercuti. Seseorang bakal meninjau keadaan aku di sini. Ya, aku juga bakal menjadi tourist guide tidak rasmi.

Hari Sabtu ini berkemungkinan aku terpaksa buat kerja lebih masa sebab Boss aku mahu masuk hutan dan mahu aku ikut serta. Ada kemungkinan juga kami bakal menjejak hingga ke pagar sempadan, itu pun kalau Boss aku tak semput.

Seorang pesara tentera yang akan menjadi guide kami nanti meninggalkan pesan untuk aku:

"Sediakan Bygone kalau-kalau ada lintah. Beli yang khas untuk sembur lipas, baru kuat sikit kesannya."

Hah! Mahu aku beli semburan serangga?? Untuk lintah??

Buang masa. Aku bukan takut dengan lintah. Aku cuma takut lintah-lintah hutan lagi penuh kerakusan yang gatal lagi miang sengaja memanjat di kaki dan tubuh aku lalu mahu mengambil kesempatan untuk terus menjadi sebahagian daripada sistem dalaman aku.

Jadi, aku rasa....

Ya. Bagus juga cadangan itu. Bygone, kamu tunggu aku di kedai ya.

Saturday, October 17, 2009

Beberapa Jam Di Puduraya

Stupid betul la iklan Sendayu Tinggi, menjatuhkan martabat wanita saja. Perempuan itu pun satu hal. Kalau lelaki itu tak mahu layan kamu sebab muka kamu buruk, buat apa terhegeh-hegeh layan lelaki itu bila rupa kamu sudah cantik??

***

Aku rimas kalau ada yang ber-high heels sambil menjinjing beg besar dan berat di Puduraya. Sangat menyampah! Memalukan diri sendiri saja.

***

Menyampah betul malam ini di Puduraya bila kebetulan aku masih berbaju kerja. Tolonglah, aku ada meeting okey tapi bukan meeting semacam kamu di PWTC. Dan beg camera aku ini juga tiada kena mengena pasal liputan perjumpaan kamu di situ, jadi berhenti pandang-pandang aku seolah-olah aku ada sangkut-paut dengan kamu. Buat Puduraya terasa bahang saja malam ini.

Saturday, October 10, 2009

BersihKan Mata Sekejap

Aku ala-ala menangis tadi semasa menonton Majalah 3. Sedih. Dan aku tak rasa aku mampu menjadi wartawan itu sebab aku pastinya asyik menangis tidak henti-henti.

Wartawan yang baik tidak perlu terikut-ikut beremosi dengan isu-isu yang dilaporkan.

Kalau aku jadi reporter Majalah 3, pasti cameraman sudah hentak kepala aku dengan kameranya sambil berkata:

"Cepatlah buat liputan tu, abang penat tunggu adik asyik menangis je dari tadi."

(Agaknye kot)

Okey. Masa untuk action movie jadi aku tukar channel ke TV2 pula sekarang.

Happy watching!

Gila Pening

Yey!

Kerja-kerja aku yang tertangguh sudah disiapkan. Sekarang masa untuk mengemas baju untuk aku hilangkan diri lebih kurang seminggu.

Aku mahu keluar daerah atas urusan kerja. Sebenarnya kerja aku sikit saja, kerja orang lain yang banyak (mungkin). Tidak apa, bila buat kerja orang lain bermakna aku bakal serap satu lagi ilmu baru. Bonus juga untuk aku.

Heh! Sedapkan diri sendiri saja tu.

Hujan Di Bumi Sintok

Kerap kali berlakunya hujan di Utara pada bulan Oktober. Di wilayah lain, aku tidak pasti.

Dan seseorang bakal bertandang ke negeri ini, untuk menjenguk aku.

Hujan diramal bakal mengganggu perjalanannya sedikit sebanyak.

Aku agak risau. :(

Friday, October 9, 2009

Lagi Isu Makan

Ini menu jamuan raya untuk pejabat aku. Hebatnya menu di atas kerana semuanya homemade. Okey, kamu ikut putaran jam dan menu di kedudukan 12 adalah mash potato, deer grill, fruit salad, spaghetti bolognese. Dan semua menu dimasak dan dibuat oleh teman-teman sepejabat kecuali rusa panggang, dimasak secara gotong-royong di pejabat. Wah! Mantap gitu.

Gempak Jamuan Raya office aku sebab menu hari itu macam orang celebrate Krismas.

Aku juga ada bawa menu istimewa, juga homemade. Walaupun menu ini tidak dibuat di rumah aku, tapi yang pasti ia datang dari rumah orang. Aku ambil di rumah Auntie Fairy.

Ya. Kedai Kek Fairy dan aku bukan ambil saja, aku bagi dia duit raya tau!

Batuk! Batuk! Batuk!

Batuk yang hampir cecah 1 bulan semenjak minggu raya tempoh hari dan ini ubat batuk alternatif aku jika malas beli ubat batuk yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Petua seseorang kepada aku. Padahal aku tak layan minuman berkarbonat sebab aku mahu amalkan pemakanan yang kurang kandungan gula.

Ermm... tapi tidak rugi mencuba jika ia boleh hilangkan batuk yang sungguh tidak selesa ini. Dan hasilnya, tidak berkesan langsung.

Jadi, jangan cuba ubat di atas jika kamu batuk okey.

Saturday, October 3, 2009

Open House Aku Di Kedai Ayam Rupanya

Nak ke open house teman sepejabat rancangan awalnya. Tapi sebab aku sesat tidak tahu alamat, maka selepas 2 kali masuk keluar kawasan taman, lalu teman sebilik mengajak ber-open house di Pizza Hut saja.

Di kedai pizza, aku tengok macam baru lepas ribut taufan. Banyak meja dengan pinggan dan gelas kotor tidak berkemas. Pelanggan yang datang tidak disambut. Lemah betul pengurusan. Berbual dengan seorang pekerja di situ dan dimaklumkan bahawa, ramai pekerja berhenti selepas hari raya. Jadi kekurangan staf di premis menyebabkan operasi kelam kabut. Aku tidak salahkan staf, aku cuma salahkan Manager. Dalam keadaan begitu, Manager patut main peranan, perlu kreatif. Ah, malas aku bebel di sini. Takkan lah aku mahu ajar apa yang perlu di buat? Baik aku saja yang jadi Manager di situ hehehe...

Jadi, kami ke kedai ayam. Makan lempeng bakar berinti chicken popcorn bersama salad. Boleh tahan sedap sebab masing-masing sudah kebulur.

Friday, October 2, 2009

Perut Masih Lagi Berhari Raya..

Malam tadi aku dinner mee kari dan pagi tadi aku bersarapan dengan hidangan yang sama. Bukan apa, banyak sangat mee kari ni sehingga boleh diulang keesokannya.

Untung dapat jiran macam akak sebelah rumah aku. Dia buat dan bagi untuk kami serumah sebab raya tahun ini, kami tidak berkesempatan beraya di rumahnya.

Baru aku ingat, tiada open house seperti tahun sebelumnya.

Wah! Rasa bangga juga. Pasti keluarga akak ni rasa seronok saja dapat jiran macam kami kan?