Wednesday, October 21, 2009

Aktiviti Tambahan Yang Mendebarkan

Jam 7.05 malam baru aku keluar dari ofis. Agak sibuk hari ini sebab Menteri Pengajian Tinggi datang menjenguk di lembah ini. Dan banyak pula kerja-kerja ad-hoc yang muncul.

Esok aku bercuti. Seseorang bakal meninjau keadaan aku di sini. Ya, aku juga bakal menjadi tourist guide tidak rasmi.

Hari Sabtu ini berkemungkinan aku terpaksa buat kerja lebih masa sebab Boss aku mahu masuk hutan dan mahu aku ikut serta. Ada kemungkinan juga kami bakal menjejak hingga ke pagar sempadan, itu pun kalau Boss aku tak semput.

Seorang pesara tentera yang akan menjadi guide kami nanti meninggalkan pesan untuk aku:

"Sediakan Bygone kalau-kalau ada lintah. Beli yang khas untuk sembur lipas, baru kuat sikit kesannya."

Hah! Mahu aku beli semburan serangga?? Untuk lintah??

Buang masa. Aku bukan takut dengan lintah. Aku cuma takut lintah-lintah hutan lagi penuh kerakusan yang gatal lagi miang sengaja memanjat di kaki dan tubuh aku lalu mahu mengambil kesempatan untuk terus menjadi sebahagian daripada sistem dalaman aku.

Jadi, aku rasa....

Ya. Bagus juga cadangan itu. Bygone, kamu tunggu aku di kedai ya.