Wednesday, October 19, 2011

Usaha

Sedang siap sedia untuk tidur tapi tiba-tiba terdengar bunyi bising. Seperti bunyi mixer kuih. Eh, ada orang buat kuih ke kat luar tu? Dari dalam bilik aku keluar menjengok ke hall. 

"Buat apa pulak tu?"

"Oh, nak buat pancake."

Gigih pulak lewat malam ni buat adunan pancake. Padahal senang je adunan lempeng tu.

***

Bangun pagi dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sekali lagi aku terdengar bunyi bising, tapi kali ini di ruang dapur. Bunyi mixer pengadun pancake. Mesti hebat dan lazat pancake housemate aku tu.

    Sunday, October 2, 2011

    Pintu

    "You kat mana?" Suara di hujung sana bertanya.

    "I kat rumah." Balas aku pendek.

    "Kat rumah mana? Your Mom ke?" Dia bertanya lagi.

    "Aah. You kat mana?" Aku pula bertanya.

    "Kat bengkel ni.." Dia menjawab.

    Oh. Ingatkan dia di Kedah. Tanya aku macam la dia ada di sini.

    "You. " Dia panggil aku.

    "Iye."

    "I nak cakap sikit dengan you." Sambung dia.

    "Apa dia?"

    "Esok I bertunang."

    "Iye. Dengan kawan you tu ek?"

    "Aah." Dia menjawab ringkas.

    "Siapa nama dia?" Aku bertanya.

    "xxxxxxxx." 

    "Okay. Congratulation. Bagus la. Buat apa tunggu lama-lama." Aku membalas dengan keterujaan, agaknye la. Bukan apa, sebab dalam masa sama memikirkan bila pula giliran aku?

    Dan perbualan kami berlarutan ke perkara-perkara yang berkaitan keluarga dan permulaannya membuat keputusan untuk bertunang. Dan pasal nama bakal tunangan kawan aku ini, bukan aku sengaja rahsiakan. Cuma aku sudah lupa apa nama dia. Nampak sangat aku tidak fokus semasa berbual. Yang pasti, aku cuma minta dia update aku pasal majlis kenduri kahwen mereka nanti. Aku tidak mahu terlepas peluang melihat teman aku yang seorang ini naik pelamin.

    Once again, Congratulation Mr. Mechanic.

    Saturday, October 1, 2011

    Chit Chat

    Semalam, semasa perjalanan aku menghantar makde ke stesyen bas, aku berkongsi cerita dengannya pasal cinta. Memang begitu lah kami, berkongsi pengalaman dan pendapat tanpa ada rahsia. Makde memang mengamalkan dasar terbuka dengan anak- anaknya. Aku juga mahu buat begitu jika diberi peluang, insyaallah.

    Dalam menjalinkan hubungan perasaan dengan mana-mana manusia, aku meletakkan satu prinsip mudah; 'Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mengecewakan.' Jadi aku tidak meletakkan sebarang pengakhiran yang membahagiakan. Cuma yang ini lain sedikit. Aku seakan dapat merasakan bahagia sekurang-kurangnya buat masa ini dan itu sudah mencukupi.

    Bila aku mula mengambil langkah pertama untuk meninggalkan masa lalu dan mula dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan wajah-wajah baru, masa lalu seakan cemburu dengan perubahan aku. Ia mula mengetuk-ngetuk tangkai hati, membuatkan aku mula berkira-kira. Sebenarnya, keputusan aku sudah pasti, cuma perasaan kasihan ini sangat menebal menyebabkan aku tidak sampai hati untuk berlalu pergi. Makde cakap, orang yang bercinta sama juga dengan orang yang mencari kerja. Bila masa tak ada peluang, tiada siapa pun datang merisik. Namun, bila satu peluang datang, banyak pulak yang memberi tawaran. Dari situ, kita perlu lah pandai memutuskan yang terbaik untuk kita sama ada masa kini dan akan datang.

    Aku perlu menjarakkan diri buat sementara waktu. Biar kesunyian dan kesibukan hidup bercampur sebati. Jadi mudah untuk aku tinggalkan masa lalu.

    Published with Blogger-droid v1.7.4