Wednesday, August 24, 2011

Perebutan Kuasa

Bila kamu diminta untuk menjadi orang tengah dalam menyampaikan apa-apa hajat, kamu patut merasakan ada sebab tertentu mereka memilih kamu dan antaranya:
  1. Kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang kamu dapat menyampaikan dengan jelas maksudnya.
  2. Kamu seorang yang neutral, pasti kamu tidak bersangka-sangka dan memihak kepada sesiapa.
  3. Kamu seorang yang adil.
  4. Kemahiran berkomunikasi kamu memang yang terbaik.
  5. Kamu seorang yang disegani sehingga apa yang disampaikan atau sebarang permintaan oleh orang yang minta bantuan kamu, pasti mendapat keputusan yang positif daripada si penerima hajat.
  6. Dan bermacam-macam lagi perkara murni ada pada kamu.
Tapi, kamu pasti tidak keruan bila yang memohon bantuan kamu itu adalah ibu kamu dan dia mahu kamu menyampaikan hajat kepada abang kamu supaya dia ikut kamu dan ibu kamu pulang berhari raya di kampung. Maknanya, tahun ini tidak perlu beraya di rumah ibu mertua abang kamu. Dan kalau kakak ipar kamu mahu juga menyambut Syawal di rumah ibunya, abang kamu pulang sendirian sahaja tanpa anak isteri bersama.

Wah! Semacam mahu hantuk-hantuk saja kepala aku ini ke dinding yang berbatu-batu kasar. Kalau dinding itu ada serpihan-serpihan simen pecah, lagi bagus. Baru sedap ia menggosok-gosok kepala aku yang sakit mencantum-cantum ayat paling bombastik.

Tuesday, August 9, 2011

Berpeleseran

Keputusan itu kadang-kadang sukar untuk dibuat. Tapi, ia perlu juga diputuskan, walau tidak untuk kebaikan orang lain tapi sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Untuk lari dari kebiasaan sangat-sangat mencabar kewarasan. Untuk berkembang, kita perlu berubah, dan untuk melakukan sesuatu perubahan kita perlu wujudkan satu perasaan yang melampau. Aku maksudkan sesuatu perasaan yang melampau dari sudut pandangan yang positif dan membina.

Tapi, waktu ini aku sedang melangkah longlai. Tidak ada cetusan atau ledakan yang berlaku dalam hati. Adeh, mana buku-buku letusan jiwa yang aku pinjam di sana sini? Perlu memuncakkan kembali nafsu perubahan agar hidup terus mencabar. 

*Shuffle.

Monday, August 8, 2011

Biasakan Diri dengan Tidak Selesa

Cuti berhari raya sudah diluluskan. Tidak lama yang aku ambil, cuma 3 hari. Tapi agak lama kalau dicampur dengan cuti 'free' yang diberi kerajaan. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku apply seminggu dua lagi. Biar habis kesemua baki cuti tahunan. Tapi, apakan daya. Aku penjawat awam, perlu berkerja untuk negara tercinta.

Hari ini di pejabat agak sunyi. Bulan puasa biasanya masing-masing sibuk memenuhi aktiviti keagamaan. Untung bagi kamu-kamu yang berada di opis besar, boleh jugak bergilir-gilir menjaga opis disebabkan mempunyai kekuatan yang kuat. Tapi di tempat aku, agak susah sikit nak menyelit walau seorang dua. Kesannya sangat ketara. Contohnya macam hari ini, 3-4 orang ke Pusat Islam sebab ada 2-3 aktiviti yang menanti. Aku dan 2-3 orang lagi, perlu jugak bergilir-gilir kalau-kalau mahu keluar ke bilik air. Susah kan?

Haish... 

Wednesday, August 3, 2011

Julai berlalu Ogos Bertandang

Hampir separuh Julai aku habiskan masa di Bandaraya Bersejarah, Melaka atas urusan kerja. Tugas rasmi yang boleh disulam dengan hiburan-hiburan menyihatkan minda. Sesekali berjauhan dengan meja kerja sangat-sangat memotivasikan diri. 

Dan separuh bulan lagi menghabiskan sisa-sisa Julai aku lalui dengan berat hati sebelum menunggu tibanya Ogos yang syahdu. Lebih tepat lagi, kerinduan pada Ramadhan tidak tertahan rasanya. Jadi, hari ini masuk puasa ketiga bagi tahun ini. Rasa cepat masa berlalu. Aku tak mahu Ramadhan berlalu begitu laju, jadi aku perlu merangka bermacam aktiviti bagi mengelakkan daripada terlalu memikirkan pasal pemergian Ogos 27 hari dari sekarang. 

Pheww..! Emosi semacam saja jiwa ni.