Monday, May 24, 2010

Percutian Luggage

Semalam aku temankan house-mate pergi check Australian currency sebab dia bakal ke Melbourne Rabu ini. Ambil peluang yang ada, aku ikut survey currency Indonesia Rupiah. Maklumlah, aku juga bakal ke luar negara bulan depan. Selain tukar watawang, dia mahu shopping barang-barang untuk persediaan musim sejuk di sana. Biasanya, kalau mencari benda-benda penting dalam waktu yang singkat, jarang semuanya dapat dengan sekelip mata. Jadi, banyak juga perkara-perkara yang berada di dalam senarai, tidak dapat dibeli.

"Harap-harap salji turun kat Melbourne kan?"dia bersuara tiba-tiba.

"Ermm.. boleh tak aku pun nak berharap yang salji turun kat Medan?" aku balas pertanyaannya.

Pengharapan yang sangat tidak masuk akal hehe..

Dan pagi tadi kami berhajat mahu ke klinik untuk buat suntikan H1N1, tapi malangnya vaksin tersebut kehabisan stok. Klinik masih menunggu stok baru. Harap-harap program keluar dari bumi Malaysia nanti berjalan dengan sihat walafiat.

Thursday, May 20, 2010

L E M A U

Semakin terasa hati, jiwa, otak, fikiran dan konkrit-konkrit tubuh terasa semakin payau dan lemau, lembik dan basi. Mana perginya semua semangat pahlawan aku yang begitu kental selama ini?? Tabiat makan pun semakin kacau bilau. Lauk-pauk bercampur antara alam darat dan laut. Sistem tubuh kucar-kacir.

Hidup tidak terasa percikan bunga api lagi. Aku mudah berasa bosan. Aku perlukan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan jantung aku kembali berdegup riang. Ya, aku tau. Aku perlu work-out. Aku perlu exercise. A perlu berjogging atau melakukan apa-apa aktiviti riadah seperti dulu. Aku perlukan oksigen. Yeah! Oksigen!

Sudah setahun lebih aku kekurangan udara segar. Aku sudah kurang bersenam, bersukan, ber-outdoor. Aku rindu semua itu. Rindu. Rindu. Rindu!

Esok aku mahu berjongging. Bangun seawal pagi, tanpa mandi dan hanya teguk beberapa mililiter air. Kemudian berkereta ke taman.

Harap-harap ngantuk tidak menguasai jiwa yang membara ini. Go!

Nota: Konon saja aku ni. Berdrama saja lebih.

Wednesday, May 5, 2010

Melompat

Kerja aku untuk bulan Mei dan Jun ni memerlukan aku melompat ke banyak destinasi luar daerah. Banyak perkara yang akan melibatkan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan projek untuk pejabat aku. Ada yang bakal menjanjikan keseronokan dan ada pulak yang aku jangkakan sebaliknya. Biasa lah kalau terpaksa travel tanpa geng yang kamceng, memang kelam segalanya walaupun tempat yang dikunjungi terang benderang.

Namun, aku tetap maintain positif. Mental dan fizikal perlu terus-terusan dialirkan dengan kuasa yang sebegitu. Kalau tidak, hancur kerja yang diaturkan selama ini. Dan bila aktiviti melompat kerap kali berlaku maka aktiviti di dalam kocek pasti menerima tempias yang maha hebat. Tambahan pulak, kalau kerja-kerja melompat ini dapat dihidu oleh sahabat handai dan sanak-saudara, whoah! Porak-peranda jiwa dibuatnya.

Apa-apa pun, aku hanya harapkan yang terbaik untuk aktiviti melompat yang bakal tiba 2 minggu dari sekarang. Kerja-kerja final editing di KL nanti aku harap dapat berjalan lancar tanpa memerlukan tambahan masa atau penangguhan kerja sehingga terpaksa diadakan pula Sesi Editing untuk kali yang ke-3. Aduh! Penat tu mengadap benda yang tak habis-habis selama berbulan-bulan.

Monday, May 3, 2010

Tiada Kemeriahan Hari Pekerja Kerana Rekod Aku Merah

Pagi ini, tiba di kotak Punch Card jam 8.02 pagi. Kedatangan aku MERAH di awal bulan Mei. Sungguh ironik.

Aku dengar ura-ura mengatakan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan awam akan dipanjangkan sehingga ke jam 5 petang setiap hari kecuali hari Khamis iaitu hanya jam 3.30 petang. Aku bukan dengar semasa Perhimpunan Hari Pekerja di Terengganu baru-baru ini sebab aku sangat tidak berminat menyertai perhimpunan sebegitu. Perhimpunan Makan Angin. Aku dengar daripada senior, atau 'orang lama' dalam perkhidmatan awam. Cakap-cakap sebegini harus diambil pusing kerana manalah tahu ada betulnya.

Aku tidak kisah masa bekerja bagi perkhidmatan awam dipanjangkan atau dipendekkan sebab masa bekerja aku tidak akan berubah. Masuk kerja jam 8.00 pagi dan balik kerja paling awal pun jam 6.00 petang. Itu aku tidak kira sebagai over-time, okay.

Kalau nak cerita pasal berkira, malas dah aku nak ingat. Banyak sangat masa aku korbankan hanya untuk kepentingan organisasi. Jadi, jangan lah kamu mahu tekankan unsur-unsur peningkatan prestasi sebelum mahu naikkan gaji atau bagi bonus. Lebih baik kamu kaji dan fikirkan tindakan yang perlu diambil kepada pekerja perkhidmatan awam (tak kira boss atau kuli) yang terang-terangan membuang masa mereka dan merugikan masa pekerja-pekerja yang rajin semacam aku agar tidak terjejas dengan sebarang tindakan kenaikan gaji atau pangkat.

(Aku tak kisah sangat pasal pangkat, tapi dalam perkhidmatan awam, kalau pangkat kamu naik maka dengan automatiknya gaji kamu pun akan ikut naik.)

Nota: Patut la semua orang gila pangkat kan?