Wednesday, May 5, 2010

Melompat

Kerja aku untuk bulan Mei dan Jun ni memerlukan aku melompat ke banyak destinasi luar daerah. Banyak perkara yang akan melibatkan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan projek untuk pejabat aku. Ada yang bakal menjanjikan keseronokan dan ada pulak yang aku jangkakan sebaliknya. Biasa lah kalau terpaksa travel tanpa geng yang kamceng, memang kelam segalanya walaupun tempat yang dikunjungi terang benderang.

Namun, aku tetap maintain positif. Mental dan fizikal perlu terus-terusan dialirkan dengan kuasa yang sebegitu. Kalau tidak, hancur kerja yang diaturkan selama ini. Dan bila aktiviti melompat kerap kali berlaku maka aktiviti di dalam kocek pasti menerima tempias yang maha hebat. Tambahan pulak, kalau kerja-kerja melompat ini dapat dihidu oleh sahabat handai dan sanak-saudara, whoah! Porak-peranda jiwa dibuatnya.

Apa-apa pun, aku hanya harapkan yang terbaik untuk aktiviti melompat yang bakal tiba 2 minggu dari sekarang. Kerja-kerja final editing di KL nanti aku harap dapat berjalan lancar tanpa memerlukan tambahan masa atau penangguhan kerja sehingga terpaksa diadakan pula Sesi Editing untuk kali yang ke-3. Aduh! Penat tu mengadap benda yang tak habis-habis selama berbulan-bulan.