Friday, September 16, 2011

Tafakur

Minggu ini, hanya berehat-rehat di rumah. Ajakan teman-teman untuk ke jamuan raya di Kuala Lumpur aku tolak dengan alasan banyak jemputan majlis kahwen terpaksa dipenuhi. Rupa-rupanya badan menuntut supaya berehat tanpa ke mana-mana. Kekurangan rehat menyebabkan kepala sakit, angin penuh badan dan cirit-birit. Sudah lama tidak sakit.Bila sesekali sakit, rasanya amat memeritkan.

Aku perlu juga memastikan situasi badan kembali stabil menjelang esok pagi. Membayangkan cuaca kini tak menentu, dengan panas dan hujan tiba-tiba, tubuh badan perlu juga lasak menghadapi semua kemungkinan yang berlaku.

Moga dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 11, 2011

Basi

Pagi yang spoiled. Aku tak suka pagi yang dingin nyaman begini dimusnahkan oleh sepasang 'love bird' yang mencurigai sesama sendiri. Kamu dah berkawan lama kot, takkan tiap kali berbual asyik nak marah-marah dan bertekak saja. Bising okay.

Itu setakat yang aku dengar. Tak tahu lah kalau ber-mesej teks pun kamu masih tuduh-menuduh dan salah-menyalah. Bukan aku curi dengar perbualan kamu, tapi kalau memang kamu sengaja bercakap berhampiran aku dengan nada umum, apa lagi yang perlu aku buat. Takkan aku pula yang perlu keluar dari territory sendiri semata-mata mahu beri laluan untuk kamu berdua berperang.

Dan yang paling klimaks, bila kamu suka sangat libatkan orang ketiga bagi mencari jalan penyudah. Aku. Aku kamu jadikan bahan penebat bagi meneutralkan api cemburu kekasih kamu. Aduh.

Aku lah orang yang paling sakit di antara kamu.

Jadi, tolonglah. Kalau nak gaduh, bertekak, bising-bising..., go and get your own room!
Published with Blogger-droid v1.7.4