Sunday, November 21, 2010

Pesta Fesyen Pengantin

Bila tiba cuti sekolah, perang kenduri kahwin pasti berlaku. Walaupun banyak perkara-perkara seperti hujan lebat diikuti pula dengan banjir hebat, orang kita tetap memilih cuti sekolah di penghujung tahun sebagai masa terbaik untuk sesi menyambut menantu.

Bulan Disember saja, aku sudah menerima 4 undangan ke majlis perkahwinan. 3 di sekitar Kedah dan 1 di Pasir Gudang, Johor. Di sebabkan aku masih berada dalam suasana berkabung-yang-tidak-membenarkan-aku-melancong-menggunakan-duit-sendiri-kecuali-di-sponsor, maka jemputan dari Pasir Gudang mungkin aku tolak. Dan mungkin juga, beberapa lagi jemputan yang agak jauh dari Lembah Sintok juga terpaksa dilupakan.

Nasi kenduri sama saja, yang berbeza cuma makanan sampingan. Itupun kalau bajet lebih, boleh jugak merasa bubur kacang atau laksa utara. Kalau tidak, nasi minyak sudah memadai.

Kalau aku diberi pilihan, penghujung tahun bukan hari yang sesuai untuk makan nasi minyak. Mungkin, Februari ke Julai atau awal Ogos. Cewah! Statement poyo je kan?

Wednesday, November 3, 2010

Ayaq Bah!

Ya. Ya. Ya. Banjir teruk tahun ini, jika dibandingkan 5 tahun lepas. Kembang kecut pundi kencing aku bila tengok keadaan Sungai Badak yang mengganas berdekatan kejiranan aku. Mana tahu, ada kemungkinan melimpah ke dada jalan.

Gambar di atas aku snap 2 hari lepas. Ketika entri ini dipos, cuaca di Lembah Sintok sudah kembali bercahaya. Aktiviti mencuci kain yang menggunung tidak berbasuh, boleh dilakukan dengan hati yang girang. Cuma, aku agak ragu samada bekalan air paip akan tergendala atau tidak sebab bagi penghuni di sekitar Alor Setar, rata-rata mereka sudah terputus bekalan air bersih. Pengurus-pengurus premis seperti Tesco dan Giant mula tumbuh siong dengan menaikkan harga air mineral dan air minuman yang dijual.

Perkara yang aku tidak pernah buat seperti mendengar Kedah FM secara online juga telah menjadi rutin pula sejak 2-3 hari banjir melanda. Tapi seperti yang aku jangkakan, kecoh Dj Radio bersama para pemanggil agak tidak menarik minat aku. Namun, ku tahankan jua telinga mendengarnya hanya kerana dahagakan laporan terkini perkembangan banjir yang melanda di kawasan sekitar. Bukan apa, aku mahu mendapatkan info laluan ke Alor Setar.

Aku mahu pulang ke rumah makde. Konon, mahu celebrate Diwali di sana. Cuti 3 hari beb! Ermm... tapi rumah makde pun terputus bekalan air bersih. Kalau terus berada di sini, boleh jugak aku bermandi-manda. Apa pun, aku harapkan terputus bekalan air itu tidak berlarutan.

Akan terus ber-Kedah FM buat masa terdekat ini. Sigh!

Sunday, October 24, 2010

Hati oh Hati

Aduh. Agak penat dan mula bosan bergaduh dengan orang yang tidak ada (atau kurang) perasaan. Aku agak sensitif kalau ada mereka yang ganggu aku di pejabat hanya kerana mahu berbincang hal-hal peribadi. Maksud aku, lelaki yang tidak puas hati bahawa panggilan telefonnya tidak dijawab oleh aku, lalu dengan penuh confident, dialed number opis aku hanya kerana mahu bertanyakan soalan yang aku sendiri malas nak jawab.

Ya. Bila tidak suka, semua benda jadi buruk. Kalau hati sudah suka, seluruh dunia indah belaka. Dan yang paling malang, hati aku masih boleh berbudi bahasa menjaga hati-hati mereka yang tidak berperasaan itu. Iu yang diajar, itu juga yang aku praktikkan.

"Jangan sesekali menyakiti hati orang lain jika mereka tidak berbuat salah dengan kita."

"Tapi, jika masih mahu meluahkan rasa yang terbuku, berterus-terang lah, kerana kebenaran merupakan kepahitan yang membahagiakan."

Dan aku tidak mempraktikkan kedua ayat di atas. Dan padahnya, aku terus membiarkan hati sendiri parah.

Aku tahu kebenaran itu menyakitkan, sebab itu aku tidak sampai hati meluahkan perasaan. Hukum karma itu sudah pasti berlaku. Kalau hari ini aku menyakitkan hati orang lain, sudah pasti di lain waktu hati aku pulak yang bakal disakiti oleh mereka yang aku sayang.

So, here's the verdict.

Layankan saja selagi boleh.

Wednesday, October 20, 2010

Maju 2010

Melaka Maju 2010.

"Sepatutnya Kedah yang dapat title tu, tapi Melaka yang dapat at last."

Macam-macam lagi komen-komen yang aku dengar daripada kawan-kawan terdekat. Aku bukan budak Town Planning, atau budak Law atau kamu-kamu yang aku rasa, sangat arif pasal penganugerahan sesebuah negeri oleh kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa.

Bagi aku, maju atau tidak bukan terletak pada gelaran atau title negeri itu. Komuniti itu sendiri perlu maju dari semua aspek. Bukan mahu menyindir siapa-siapa, tapi bila aku perhatikan, kebersihan sungai di Bandaraya Alor Setar pun masih berada di tahap yang tidak meyakinkan. Aku tidak cakap Melaka bersih berkilat sehingga membolehkan ia mendapat gelaran maju bermula tahun 2010. Melaka perlu mengekalkan, sekaligus perlu meningkatkan tahap maju dari semua sudut sama ada tahap kebersihan, kadar jenayah dan apa-apa yang di rasakan perlu.

Biarlah, tidak ada apa yang harus dikesalkan. Tidak mendapat status maju itu pun tidak bermakna komuniti di negeri ini tidak boleh hidup aman dan tenteram kan? Paling penting, pemikiran kita perlulah terus maju dan maju dan maju.

Monday, October 18, 2010

Berjalan di Tanah Gersang

Entah minggu bila, semasa aku jalan-jalan santai dengan teman sebilik, aku ternampak ada 2 ekor haiwan kutub yang sedang bertengkar. (Aku tak cakap bergaduh sebab nanti, kamu terbayang-bayang yang haiwan 2 ekor tu sedang bertumbuk pulak! Jadi, bertengkar lebih sesuai. Ala-ala bertengkar manja gitu.) Kesian aku tengok 2 ekor tu, letih agaknya. Maklumlah, tersadai di satu kawasan yang kering-kontang. Apa tak nya, 2 ekor tu kan haiwan kutub. Mana mampu bertahan di kawasan yang panas semacam itu!

Haish.., memang sadis la!

Saturday, September 25, 2010

Taman Bunga

Bukan perkara-perkara cinta sahaja yang bisa menerbitkan segar di hati. Tapi, pasal hal kawan-kawan juga boleh menghasilkan perkara yang sama.

Sejak kebelakangan ini, hati dan perasaan aku sedikit terganggu. Entah dari mana, tiba-tiba kawan (lelaki) semasa aku sekolah rendah dan hampir 19 tahun tidak terlintas dalam akal fikiran aku, datang mengetuk pintu Facebook. Dan yang paling marvelous, dia ingat lagi aku walaupun aku hanya sempat bersekolah 1 tahun 6 bulan dengannya. Dan yang paling malang, aku pulak langsung tak ingat dia siapa. Aduh! Memang spoiled la aku nih! Nasib baik dia ada upload gambar dia kat situ. Dan nasib baik sweet!

Heh! Gatal.

Selepas ambil sedikit data pasal Si Sweet ni kat sorang kawan aku (yang satu sekolah rendah dengan kami. ermm... nasib baik ada jugak sorang dua kawan aku kat sekolah tu yang aku still contact sampai sekarang), aku cuba recall setiap memori yang masih berbaki. Ternyata, memang hampeh punya memori, dah banyak yang corrupted. Jadi, mau tak mau, kenalah aku tanya sendiri dengan mamat ni. Nama dia Eusry Eusoff.

Jadi, pertemuan pertama kami Sabtu lepas banyak terarah ke cerita-cerita lama di samping bertanyakan perkembangan terbaru. Walaupun, masa cuti hari raya minggu lepas dah banyak dibualkan di YM, tapi bila dah jumpa 4 mata.. tetap jugak tak habis bercerita.

Semalam, aku berbual lagi dengannya di YM. Macam jakun sangat lagaknya aku ni, memang berbunga saja hati setiap kali berbual. Dia mahu berjumpa aku lagi awal bulan depan sebab aku ada urusan di Kuala Lumpur.

"Jumpa sekejap pun okey, janji jumpa." Itu dia yang cakap. Aku kalau benda-benda semacam ini selalunya buat hati aku terdetik dan teringat kata-kata makde; Mula-mula tak cukup, lama-lama tak habis. Iyelah, biasanya awal-awal memang seronok, lama-lama takut boring pulak. Jadi, aku perlu rendahkan kuasa excited di hati masing-masing. Kalau bukan dia yang bertindak begitu nampaknya aku yang patut main peranan. Lagipun susah nak kekalkan sahabat yang bagus di usia aku ni. Setiap mereka yang ada kualiti dan memenuhi citarasa, perlu di jaga sebaik mungkin. Kalau sudah tercalar, takut-takut meninggalkan parut yang dalam dan susah sembuh.

Mencegah lebih baik daripada makan ubat kan?

Tuesday, September 14, 2010

Ulang

Hari ini aku mula bekerja setelah 4 hari cuti berhari raya. Sudah aku agak, hari-hari yang sunyi dan kosong menyelubungi tempat kerja. Tambahan pula, Boss aku juga masuk opis hari ini, terus terasa sangat kelam :)

Mr. Mechanic tak berhenti-henti call dari pagi tadi hinggalah sekarang. Aduh, rimas betul aku. Bila aku tak pick-up-call-atau return-call-atau-text-kamu, maknanya aku tidak mahu diganggu atau seumpamanya. Susah kalau perkara-perkara yang melibatkan deria keenam tidak berfungsi dengan baik. Instinct, firasat atau apa-apa sahaja perkataan keramat yang boleh disamakan dengan maksud penyampaiannya, perlu diasah betul-betul supaya boleh menjadi penyuluh ketika kamu sesat dalam cahaya.

Kalau aku kira-kira, maunya lebih 7-8 kali Mr. Mechanic called aku, dan sebanyak bilangan itu jugak lah aku picit butang silent. Aku takut mahu bercerita lebih-lebih pasal kebencian takut-takut bertukar jadi kesukaan pulak. Jadi, ada baiknya aku hentikan saja cerita pasal dia.

Hari raya aku banyak habiskan masa depan lappy, online. Sampai ke jam 3-4 pagi lamanya. Gila! Kes teruja terjumpa kawan lama. Dan bila kes bersembang sampai tak ingat tidur ini, biasanya melibatkan kaum berlainan jenis dari aku la. Apa taknya, 19 tahun kami terputus khabar berita. Dan topik-topik yang dibualkan masih mengikut landasan (keretapi) yang betul. Bab-bab teruja selalunya aku akan cepat-cepat goncang hati sendiri agar tidak terus leka. Bukan apa, takut aku bakal terhidu dengan debunga-debunga racun yang baru berputik di taman hati. Dan kebiasaannya, bunga-bunga racun ini yang bakal merosakkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama.

Uish, ngeri!

Thursday, September 9, 2010

Raya

Sudah lama tak update blog. Sebab esok Raya, aku nak tulis jugak walaupun pendek.

Tahun ni, entah apa rajin sangat, rumah aku buat ketupat nasi. Biasanya makde rebus nasi himpit segera je, tapi kali ni terlebih rajin mau anyam daun ketupat. Bleh lah dapat dalam 50 biji. Satu jumlah yang sikit sebab saiz ketupat pun sangat kecil. Bermakna, seorang makan 2 biji. Memang agak susah untuk dapatkan daun kelapa untuk buat ketupat nasi di Utara ni. Daun palas, bersepah-sepah sebab kebanyakkan rumah di sini pastinya makan ketupat pulut. Dan sangat rare untuk rumah di sini mau buat ketupat nasi macam rumah aku buat.

Raya kali ini jugak, aku buat biskut raya (sendiri ok!). 5 jenis semuanya, tapi Choc Chip Cookies sudah settle dalam perut anak buah aku, jadi tinggal 4 jenis saja. Dan seperti biasa, aku akan tambah koleksi biskut raya dengan meng-order Tat Nenas. Itu saja biskut yang aku beli sebab aku suka makan Tat Nenas.

Menu utama tambahan (bagi kamu yang tak berapa selesa makan ketupat nasi, sayur lodeh ++ semua ni) seperti tahun sudah jugak, Soto Johor. Itu pun, makde aku jamu pada Hari Raya pertama saja. Kalau habis, makan saja lah home-made-cookies aku tu.

Raya tahun ini aku harapkan sangat meriah sebab ramai teman-teman (kononnya) mahu datang beraya dan mahu mengajak konvoi beraya ke rumah teman-teman yang lain. Itu sebenarnya isi penting. Bila kawan ramai dan mahu plan aktiviti mengunjung, terasa bercahaya seluruh alam.

Bila kamu rajin datang beraya ke rumah aku, sudah tentu aku jugak akan beraya ke rumah kamu. Itupun kalau dijemput lah.

Esok raya kan? So, Selamat Hari Raya.

Wednesday, August 4, 2010

Bahang Ramadhan

Adeh. Permulaan bulan Ogos tahun ini agak lembab untuk mengukur prestasi aku di pejabat. Pertukaran Board Director di tempat kerja mengalahkan peralihan kuasa pemerintahan politik negara pula lagaknya. Letih betul. Big Boss aku sudah tamat kontrak di sini. Jadi dia sudah pulang ke pejabat lamanya. Sekarang, hanya menunggu pengganti untuk memulakan kuasa di ofis pula. Sementara menunggu, ada juga staf yang buat-buat macam ada kuasa, suka-suka hati saja mahu ubah tempat kerja walaupun tidak mendapat arahan atau memo pertukaran. Pelik. Konsep yang mudah pun kamu susah nak tangkap, apa lagi konsep yang berbelit-belit.

Mungkin, memang nature kamu begitu. Tidak ada rasa malu atau rasa hormat dengan orang lain. Sudah lah bertukar tanpa izin, paling kelakar, mula angkut harta pejabat ke tempat baru. Haha... memang bikin panas untuk aku yang masih di sini.

Malas mahu layan karenah orang macam ni. Aku hanya tunggu 'kuasa' baru untuk ambil alih pejabat. Yang lain-lain, aku hanya mahu buat kerja aku.

Monday, July 12, 2010

Selera Selatan

Susah mahu dapatkan menu seperti di atas di kawasan Utara ini. Tauhu bakar dan Mee Rebus. Kalau ada pun, Mee Rebus mamak style. Kalau Tauhu Bakar, mungkin tidak.

Menu di atas aku nikmati semasa kunjungan ke Kampong Glam, Singapura. Harga sepinggan mahu cecah RM10. Tapi tak kisah, aku masih boleh makan lagi menu ini kalau-kalau aku balik Johor kelak. Tak perlu ke Singapura.

Sunday, July 11, 2010

Wednesday, July 7, 2010

Food Craving La Sangat!

Malam tadi, aku dan teman dinner Toasted Pocketful kat KFC. Sebab menu baru, kami decide untuk mencuba. Ahh! Tak selazat iklan di t.v. Baik aku kunyah Double Cheese Burger di McD. Heee... :)

Tuesday, July 6, 2010

Pentas Lakonan

Jejaka ini, buat aku tersengih-sengih saja kepada teman di sebelah. Kalau boleh, teater yang bakal ditayangkan ketika itu mahu sahaja dibatalkan lalu digantikan dengan persembahan solo daripada jejaka ini. Suara kamu memang sedap-lazat-tapi-tidak-mengenyangkan! Maksudnya, aku dengar dia nyanyi tak baca Bismillah la tu. Memang asyik sampai buat aku tergelak-gelak saja.

Nota: Biasanya, perkara-perkara yang buat aku teruja bakal mengaktifkan kalenjar gelak aku ke tahap yang maksima. Gila agaknya!

Dan saja aku besarkan gambar kali ini. Baru syok!

Tuesday, June 22, 2010

Ada Apa Di Langit?

Hanya awan, yang berkepul-kepul semacam asap kenderaan. Cuma yang ini warnanya lebih gebu. Ermm... warna gebu? Biarlah, bahasa sastera tidak pernah ada yang salah hehe...

Tuesday, June 15, 2010

Menu di Medan, Indonesia

Avocado Juice

Kali ini ke Kota Medan, aku jadi sangat addict dengan jus ini. Dulu kalau ke Indonesia, pastinya aku mencari markisa. Tapi apa-apa pun, sangat creamy dan mengenyangkan.

Mie Aceh

Rasa mee ini lebih kurang macam mee kuah di Malaysia, cuma kuahnya sedikit cair. Pastinya aku akan cari lagi kalau ke sini.


Satay Padang

Satay ini pulak, kuahnya seakan kuah Mee Rebus. Bagi sesiapa yang sangat sukakan kuah kacang, seharusnya tidak akan meletakkan satay ini di dalam senarai makanan kegemaran. Tapi, masih berbaloi untuk mencuba.

Fuh! Apa-apa pun, 3 hari di Kota Medan memang sangat meletihkan (letih kerja+letih makan) sebab jadual kami terlalu packed dengan kerja dan aktiviti mengisi perut. Dan maklumat tambahan, mungkin fungsi paru-paru aku sudah tidak sehebat mana. Apa taknya, 2 orang manager tu kaki rokok tahap gaban! Aku kira, tak sampai 2 jam, habis sokotak rokok untuk seorang. Ditambah dengan Boss aku yang kaki cigar. Memang memusnahkan paru-paru aku betul!

Diet Ke Longkang

Whoah! Mana tahan bila tengok hidangan di depan mata. Diet aku terus masuk longkang bila lepak William. Ini side dinner aku sebelum aku bertolak ke Medan esoknya. Ya. Aku cakap side dinner sebab sebetulnya aku order Nasi Goreng Ketam berperisa Tom Yam. Memang marvellous! Tapi BBQ Rib ni pun best jugak. Aku lupa samada daging lembu atau kambing. Walaupun aku tak berapa gemar kambing, tapi bila makan ni, terus lupa yang ini daging apa sebab very tender and moist! Hah! Puji lebih-lebih pulak. Tapi yang bagusnya si William ni, dia memang peramah dan baik hati. Senang-senang je bagi diskaun. Okey juga tu, untung dia pun tak terkira banyak kan? kan? kan?

Nota: Aku lupa snap gambar Nasi Goreng Ketam. Tapi kamu boleh tengok kat sini.

Monday, June 14, 2010

Aksi Ini

Buat aku makin menyampah sebab tidak boleh menggigit-gigit tubuhnya yang penuh bulu. Yurk!

Tune Aku Lari Bersepah

Aku mahu mem-blog malam ini, tapi keadaan perut aku yang kosong lalu menjerit-jerit, menghalang niat murni aku itu. Seharian tidak makan, membuatkan perut aku pedih teramat. Hari ini keadaan di pejabat agak kucar-kacir, untuk orang lain, bukan aku. Aku malas berdrama di pejabat. Tambahan bila Boss aku ada di pejabat. Biar orang lain saja buat drama 'kipas-kipas' hari ini. Aku sangat-sangat berbulu mahu ambil kisah.

Cerita pasal working trip aku ke Medan, Indonesia.. esok saja aku story.

Wednesday, June 2, 2010

Sesi Ubah Periuk Nasi

Semalam aku ada public speaking session dan hari ini sesi interview. Azabnya, jangan kamu tanya. Sudah lama tak menghadiri sesi temuduga untuk kerja, tiba-tiba hari ini aku perlu bersedia untuk itu. Nasib baik sudah selesai tengahari tadi. Fuh! Terasa mahu shuffle saja di luar bilik panel tadi.

Kekosongan untuk jawatan yang aku minta ini hanya ada 4, tapi seperti biasa calon yang layak lebih daripada 20 orang. Itu belum campur dengan calon luar lagi. Mahunya dalam 60 orang calon yang mencuba nasib untuk 4 jawatan tersebut.

Seperti biasa juga, deria keenam aku tidak menunjukkan sebarang getaran yang positif. Maknanya, aku perlu melakukan kerja-kerja aku seperti biasa di pejabat (buat 2 bulan lagi). Dan selepas habisnya bulan Julai, aku tidak tahu nasib aku seterusnya, samada terus kekal di kayangan, atau ditukarkan ke department lain. Aku berharap aku akan ditukarkan ke tempat lain sebab aku amat tidak sesuai berada di kayangan. Cukuplah tempoh setahun aku di sini. Perangai-perangai pelik aku sudah tidak sabar-sabar mahu reveal diri mereka yang sebenar. Aku mahu bebas di bumi pulak.

Next week aku ada kerja luar di Sumatera Utara. Jadi sambil bekerja sambil holiday. Walaupun aku keseorangan tanpa teman-teman kamceng, at least kerja-kerja untuk bulan ini berjalan mengikut perancangan. Nama pun kerja, urusan berlibur perlu aku tolak tepi seketika.

Harap-harap ada masa untuk shopping (dan harap-harap rupiah aku juga lancar).

Tuesday, June 1, 2010

Anak Pungut Aku

Kali pertama melihat kamera. Whoah! macam jakun!

Mata bulat dan bulu terkaku bila gambarnya dirakam aku. Eee.. sikit lagi kena gigit dengan aku. Geram!

Aksi manja bila perut dah kenyang sangat. Menyampah!

Oh! Anak pungut. Aku rindu kamu, tau tak??

Ole-Ole Melbourne

Semalam teman serumah, baru sampai dari Australia dan ini ole-ole untuk aku. Sebenarnya, ada lagi 2-3 benda yang dia bagi aku macam coin purse dan sekeping coaster. Bukan apa, semuanya buat ingatan. Tidak mengapa, apa-apa saja yang diberi, aku sangat-sangat menghargainya. Thanks buddy!

Monday, May 24, 2010

Percutian Luggage

Semalam aku temankan house-mate pergi check Australian currency sebab dia bakal ke Melbourne Rabu ini. Ambil peluang yang ada, aku ikut survey currency Indonesia Rupiah. Maklumlah, aku juga bakal ke luar negara bulan depan. Selain tukar watawang, dia mahu shopping barang-barang untuk persediaan musim sejuk di sana. Biasanya, kalau mencari benda-benda penting dalam waktu yang singkat, jarang semuanya dapat dengan sekelip mata. Jadi, banyak juga perkara-perkara yang berada di dalam senarai, tidak dapat dibeli.

"Harap-harap salji turun kat Melbourne kan?"dia bersuara tiba-tiba.

"Ermm.. boleh tak aku pun nak berharap yang salji turun kat Medan?" aku balas pertanyaannya.

Pengharapan yang sangat tidak masuk akal hehe..

Dan pagi tadi kami berhajat mahu ke klinik untuk buat suntikan H1N1, tapi malangnya vaksin tersebut kehabisan stok. Klinik masih menunggu stok baru. Harap-harap program keluar dari bumi Malaysia nanti berjalan dengan sihat walafiat.

Thursday, May 20, 2010

L E M A U

Semakin terasa hati, jiwa, otak, fikiran dan konkrit-konkrit tubuh terasa semakin payau dan lemau, lembik dan basi. Mana perginya semua semangat pahlawan aku yang begitu kental selama ini?? Tabiat makan pun semakin kacau bilau. Lauk-pauk bercampur antara alam darat dan laut. Sistem tubuh kucar-kacir.

Hidup tidak terasa percikan bunga api lagi. Aku mudah berasa bosan. Aku perlukan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan jantung aku kembali berdegup riang. Ya, aku tau. Aku perlu work-out. Aku perlu exercise. A perlu berjogging atau melakukan apa-apa aktiviti riadah seperti dulu. Aku perlukan oksigen. Yeah! Oksigen!

Sudah setahun lebih aku kekurangan udara segar. Aku sudah kurang bersenam, bersukan, ber-outdoor. Aku rindu semua itu. Rindu. Rindu. Rindu!

Esok aku mahu berjongging. Bangun seawal pagi, tanpa mandi dan hanya teguk beberapa mililiter air. Kemudian berkereta ke taman.

Harap-harap ngantuk tidak menguasai jiwa yang membara ini. Go!

Nota: Konon saja aku ni. Berdrama saja lebih.

Wednesday, May 5, 2010

Melompat

Kerja aku untuk bulan Mei dan Jun ni memerlukan aku melompat ke banyak destinasi luar daerah. Banyak perkara yang akan melibatkan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan projek untuk pejabat aku. Ada yang bakal menjanjikan keseronokan dan ada pulak yang aku jangkakan sebaliknya. Biasa lah kalau terpaksa travel tanpa geng yang kamceng, memang kelam segalanya walaupun tempat yang dikunjungi terang benderang.

Namun, aku tetap maintain positif. Mental dan fizikal perlu terus-terusan dialirkan dengan kuasa yang sebegitu. Kalau tidak, hancur kerja yang diaturkan selama ini. Dan bila aktiviti melompat kerap kali berlaku maka aktiviti di dalam kocek pasti menerima tempias yang maha hebat. Tambahan pulak, kalau kerja-kerja melompat ini dapat dihidu oleh sahabat handai dan sanak-saudara, whoah! Porak-peranda jiwa dibuatnya.

Apa-apa pun, aku hanya harapkan yang terbaik untuk aktiviti melompat yang bakal tiba 2 minggu dari sekarang. Kerja-kerja final editing di KL nanti aku harap dapat berjalan lancar tanpa memerlukan tambahan masa atau penangguhan kerja sehingga terpaksa diadakan pula Sesi Editing untuk kali yang ke-3. Aduh! Penat tu mengadap benda yang tak habis-habis selama berbulan-bulan.

Monday, May 3, 2010

Tiada Kemeriahan Hari Pekerja Kerana Rekod Aku Merah

Pagi ini, tiba di kotak Punch Card jam 8.02 pagi. Kedatangan aku MERAH di awal bulan Mei. Sungguh ironik.

Aku dengar ura-ura mengatakan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan awam akan dipanjangkan sehingga ke jam 5 petang setiap hari kecuali hari Khamis iaitu hanya jam 3.30 petang. Aku bukan dengar semasa Perhimpunan Hari Pekerja di Terengganu baru-baru ini sebab aku sangat tidak berminat menyertai perhimpunan sebegitu. Perhimpunan Makan Angin. Aku dengar daripada senior, atau 'orang lama' dalam perkhidmatan awam. Cakap-cakap sebegini harus diambil pusing kerana manalah tahu ada betulnya.

Aku tidak kisah masa bekerja bagi perkhidmatan awam dipanjangkan atau dipendekkan sebab masa bekerja aku tidak akan berubah. Masuk kerja jam 8.00 pagi dan balik kerja paling awal pun jam 6.00 petang. Itu aku tidak kira sebagai over-time, okay.

Kalau nak cerita pasal berkira, malas dah aku nak ingat. Banyak sangat masa aku korbankan hanya untuk kepentingan organisasi. Jadi, jangan lah kamu mahu tekankan unsur-unsur peningkatan prestasi sebelum mahu naikkan gaji atau bagi bonus. Lebih baik kamu kaji dan fikirkan tindakan yang perlu diambil kepada pekerja perkhidmatan awam (tak kira boss atau kuli) yang terang-terangan membuang masa mereka dan merugikan masa pekerja-pekerja yang rajin semacam aku agar tidak terjejas dengan sebarang tindakan kenaikan gaji atau pangkat.

(Aku tak kisah sangat pasal pangkat, tapi dalam perkhidmatan awam, kalau pangkat kamu naik maka dengan automatiknya gaji kamu pun akan ikut naik.)

Nota: Patut la semua orang gila pangkat kan?

Thursday, April 29, 2010

Rindu Bauan Tanah Gambut

Dua hari kerja di luar pejabat. Kerja di daerah yang tidak jauh dari sempadan tempat kerja aku. Kerja yang memerlukan aku berhadapan dengan 2 buah keluarga yang hidup serba kekurangan, membuatkan aku sangat rindukan kampung halaman yang jauh di selatan tanahair. Aku rindukan bauan halaman tanah gambut rumah atuk aku di Pontian, Johor. Ahh! Baunya sangat enak macam menikmati secawan teh-O bersama pisang goreng dan sambal kicap. Tambah pulak minum ketika hujan di waktu petang, whoah! Sangat sejuk dan buat mata semakin kuyu mahu pejam.

Dah lama tak memandu ke sana. Aku rindu perjalanan dan pemanduan jauh ke kampung. Terasa sentimental pulak 2-3 hari ni sebab makde bagitau yang dia mahu balik Kota Tinggi sebab Atuk aku sakit lagi. Kali ini sudah tidak boleh berjalan. Terpaksa berbaring saja aktivitinya. Kesian Atuk.

Ziarah orang sakit ni tidak boleh tertangguh-tangguh perjalanannya. Maka, aku tidak pasti samada makde mahu layan permintaan aku untuk menunggu masa yang sesuai supaya aku dapat turut serta balik ke kampung. Apa-apa pun, aku perlu pastikan makde dalam keadaan tenang dan tidak letih. Mahunya tidak, perjalanan dari Utara ke Selatan memang meletihkan fizikal dan mental. Naik bas pulak tu.

Ermm... itu pasal aku mahu ikut. Sekurang-kurangnya, perjalanan yang lama di dalam bas boleh dipendekkan dengan berkereta ke sana.

Doa-doakan agar Atuk aku terus sihat hendaknya. Amin.

Thursday, April 22, 2010

Kembali Untuk Tugas-tugas Pembersihan

Dah lama aku tak buat Spring Cleaning di sini. Sibuk sangat sejak berada di opis baru. Sedar tak sedar, sudah setahun aku di sini. Sesekali bertanya khabar dengan budak-budak di pejabat lama buat aku tersedar yang department aku dulu semacam ada sedikit masalah kepimpinan. Ya, perkara biasa bila ada pekerja baru ditempatkan di pejabat kamu. Kalau kamu tak membantunya, paling lekeh pun kamu mesti buat tak layan dan tak mahu ambil tahu pasalnya. Tak bertamadun betul perangai macam tu kan?

Apa-apa pun, aku tak salahkan pekerja senior yang membuli. Pekerja junior dan baru ini juga perlu ada ciri kepimpinan yang tinggi serta jati diri yang kuat dalam menghadapi tempat baru dan perangai buruk manusia yang akan menjadi sebahagian daripada memori kamu.

Macam mana aku survive di tempat baru? Oh, aku cuma pakai perisai di hati aku. Perisai yang sangat flexible. Adakalanya ia boleh menjadi lembut dan kadang-kala ia boleh menjadi sangat keras. Come on, janganlah terlalu serius.

Paling penting pada pendapat aku, gaya kepimpinan kamu yang menentukan sama ada kamu berjaya atau tidak di semua lokasi yang bakal kamu letak hidup kamu itu.

Jika tidak, bersedialah untuk dikalahkan dengan cara yang sangat tidak terhormat.

Friday, January 15, 2010

Ku Pendam Senak Di Dada

Bangun pagi, on t.v, masak air, pergi mandi.

Buat cereal, selongkar kotak biskut kemudian menikmati sarapan bersama peti t.v dan rancangan kartun kegemaran.

Lama selepas itu, orang bilik sebelah bangun, mandi. Kemudian, dia buka fridge, keluarkan sesuatu lalu ke dapur.

Selepas panaskan sesuatu itu, dia bawa 2 pinggan bersama hidangan ke ruang tamu.

Oh! Mee goreng.

Dia bahagikan mee ke pinggan masing-masing. Aku hanya tengok.

Kemudian, dia bangun untuk membuat minuman.

Bawa 2 mug ke ruang tamu. Nescafe susu. 1 cawan untuknya, 1 cawan untuk aku.

Damn. Aku tidak ambil minuman bersusu ketika makan. Lagipun, aku sudah bersarapan.

Adakan ini sejenis seksaan dalam diam?????