Monday, May 3, 2010

Tiada Kemeriahan Hari Pekerja Kerana Rekod Aku Merah

Pagi ini, tiba di kotak Punch Card jam 8.02 pagi. Kedatangan aku MERAH di awal bulan Mei. Sungguh ironik.

Aku dengar ura-ura mengatakan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan awam akan dipanjangkan sehingga ke jam 5 petang setiap hari kecuali hari Khamis iaitu hanya jam 3.30 petang. Aku bukan dengar semasa Perhimpunan Hari Pekerja di Terengganu baru-baru ini sebab aku sangat tidak berminat menyertai perhimpunan sebegitu. Perhimpunan Makan Angin. Aku dengar daripada senior, atau 'orang lama' dalam perkhidmatan awam. Cakap-cakap sebegini harus diambil pusing kerana manalah tahu ada betulnya.

Aku tidak kisah masa bekerja bagi perkhidmatan awam dipanjangkan atau dipendekkan sebab masa bekerja aku tidak akan berubah. Masuk kerja jam 8.00 pagi dan balik kerja paling awal pun jam 6.00 petang. Itu aku tidak kira sebagai over-time, okay.

Kalau nak cerita pasal berkira, malas dah aku nak ingat. Banyak sangat masa aku korbankan hanya untuk kepentingan organisasi. Jadi, jangan lah kamu mahu tekankan unsur-unsur peningkatan prestasi sebelum mahu naikkan gaji atau bagi bonus. Lebih baik kamu kaji dan fikirkan tindakan yang perlu diambil kepada pekerja perkhidmatan awam (tak kira boss atau kuli) yang terang-terangan membuang masa mereka dan merugikan masa pekerja-pekerja yang rajin semacam aku agar tidak terjejas dengan sebarang tindakan kenaikan gaji atau pangkat.

(Aku tak kisah sangat pasal pangkat, tapi dalam perkhidmatan awam, kalau pangkat kamu naik maka dengan automatiknya gaji kamu pun akan ikut naik.)

Nota: Patut la semua orang gila pangkat kan?