Thursday, April 29, 2010

Rindu Bauan Tanah Gambut

Dua hari kerja di luar pejabat. Kerja di daerah yang tidak jauh dari sempadan tempat kerja aku. Kerja yang memerlukan aku berhadapan dengan 2 buah keluarga yang hidup serba kekurangan, membuatkan aku sangat rindukan kampung halaman yang jauh di selatan tanahair. Aku rindukan bauan halaman tanah gambut rumah atuk aku di Pontian, Johor. Ahh! Baunya sangat enak macam menikmati secawan teh-O bersama pisang goreng dan sambal kicap. Tambah pulak minum ketika hujan di waktu petang, whoah! Sangat sejuk dan buat mata semakin kuyu mahu pejam.

Dah lama tak memandu ke sana. Aku rindu perjalanan dan pemanduan jauh ke kampung. Terasa sentimental pulak 2-3 hari ni sebab makde bagitau yang dia mahu balik Kota Tinggi sebab Atuk aku sakit lagi. Kali ini sudah tidak boleh berjalan. Terpaksa berbaring saja aktivitinya. Kesian Atuk.

Ziarah orang sakit ni tidak boleh tertangguh-tangguh perjalanannya. Maka, aku tidak pasti samada makde mahu layan permintaan aku untuk menunggu masa yang sesuai supaya aku dapat turut serta balik ke kampung. Apa-apa pun, aku perlu pastikan makde dalam keadaan tenang dan tidak letih. Mahunya tidak, perjalanan dari Utara ke Selatan memang meletihkan fizikal dan mental. Naik bas pulak tu.

Ermm... itu pasal aku mahu ikut. Sekurang-kurangnya, perjalanan yang lama di dalam bas boleh dipendekkan dengan berkereta ke sana.

Doa-doakan agar Atuk aku terus sihat hendaknya. Amin.