Friday, January 30, 2009

Indah Ciptaan Tuhan

Pemandangan ini aku rakam semasa sedang menunggu kakak aku keluar ofis. Selain menjaga 2 orang 'tentera' yang nakal, aku juga perlu mengambil mommy mereka di pejabat (hanya pada petang itu). Bukan lah satu tugas yang berat. Lagi pun aku suka memandu. Boleh cuci mata, heh!

Pemandangan biasa di waktu petang (bagi kakak aku) dan menarik.

"Makan apa tadi?" tanya kakak aku.

"Panaskan lauk semalam. Pastu makan donut yang abang beli," balas aku.

"Oh! Kak Ina yang beli donut tu.."

Patut lah aku rasa macam pelik bila tengok abang aku bawa balik donut.

"Ada lagi?" kakak tiba-tiba bertanya.

"Hah? Err... dah habis," aku hanya mampu sengih.

Upah Jaga Budak

Tengahari tadi abang aku bawa balik ini. Aku pelik.

Anak buah aku menjerit keriangan. Aku pula menjerit kelaparan. Hasilnya, gambar di atas tidak sempurna (tidak sempurna bukan sebab kedai silap jual donut berbentuk 'C', cuma aku yang tidak tahan dugaan).

Sebenarnya, aku tidak lah lapar sangat. Cuma tangan ini gatal mahu merasa. Mulut apa lagi? Nganga saja luas-luas.

Apa mimpi abang aku beli donut tengahari ini? Erm... pelik.

Thursday, January 29, 2009

Virus 30 sen!

Hari ini aku cuti, tapi sengaja datang ofis mahu habiskan kerja sebelum ke Penang (umah kakak aku).

Hari ini, aku terasa kurang sihat. Mata panas dan pedih. Hidung berair mahu selsema. Badan sakit dan sengal. Mahu demam mungkin. Jangan ada virus Cikungunya sudah! Mintak simpang, amin..

Hari ini juga aku genap 30 tahun! Ramai teman-teman yang ingat. Ramai juga yang lupa dan buat-buat lupa. Tidak apa. Aku tidak kisah itu semua. Aku pun bukan suka mereka menghuru-harakan hari ini. Tarikh 29-01-2009, hanya angka-angka 2,9,0 dan 1.


1. Seperti tahun-tahun sebelumnya, orang pertama (di pejabat) yang tidak lupa tarikh 29 Januari adalah Big Boss aku. Setiap tahun kad birthday (je..) pasti sampai ke tangan aku. Kalau aku tidak ada di tempat, dia pasti akan pusing satu ofis mencari ku. Hanya semata mahu kad itu diserahkan ke tangan ku sendiri. Tapi tahun ini, berbeza. Kad ucapan bersama HADIAH untuk aku (dan untuk semua staf yang lain bila tiba giliran birthday mereka). Cuma kali ini, secretary dia yang bagi sebab dia bercuti. Jangan buruk sangka. Big Boss aku memang sayang semua staf dia.

Aku letak gambar hadiah Big Boss aku first sebab dia orang pertama bagi hadiah kat aku, hehehe...


2. Ini housemate aku bagi pagi tadi. Aku tak sempat jumpa dia sebab masa dia bagi, aku tengah mandi. Maklumlah, aku cuti kan hari ni. Jadi, lambat bangun pagi. Thanks beb! Aku suke.. dan anak buah aku pun (pasti) suke ;)


3. Adik aku (yang main teater tu..) bagi setibanya aku di rumah makde. Tabung duit. Eh? muat ke tabung kecik tu dengan duit aku yang 'banyak' ni? Hahaha... Terima kasih. Aku suke je..


4. Terima kasih lagi. Adik aku (tu..) bagi lagi. Sebab aku cakap aku sudah lama mencari sandal ni. Dan dia cakap..

" Amik je..aku belanja. Birthday present..,"

Hahaha... aku memang sukeee.....

Seterusnya.... ada lagi hadiah dari makde aku yang tak sempat aku letak di sini (sebab gambar belum snap). Dan yang pasti, banyak jugak ucapan-ucapan dan nyanyian lagu hari jadi (dari room mate aku melalui voice message) yang aku terima, antaranya :

1. "Happy belated Birthday.. Dah 30 sen ek ko tahun ni hehehe... Eh? Birthday ko 26hb kan?"
2. "Hepi besday! Tengok present ko.."
3. "Hah! Happy Birthday..," sambil buat muka lupa.
4. "Weyh.. Hari ni birthday ko ek?"
5. "oOO.. Birthday ko la hari ni. Bila nak open table?"
6. "Happy Birthday Acik!!! Yey! Ada pillow... love.... Yey!!!" anak buah aku terlompat-lompat dalam kereta aku.

Aku hargai, terima kasih. Aku happy dan suke.


Okey, aku sudah letih satu hari ini. Drive dari Sintok-Alor Star-Penang. Aku mahu tidur. Nite!

Wednesday, January 28, 2009

Misi Berubah Haluan

5 hari bercuti tahun baru Cina sebelumnya. Pagi ini, itu sahaja yang aku sempat makan. Aku lapar. Sangat-sangat lapar. Datang berkerja untuk satu hari ini, benar-banar buat sistem badan aku huru-hara. Kepala aku pusing. Patutnya malam ini aku bertolak ke Kuala Lumpur. Mahu poya-poya cadangnya. Tetapi jemputan auntie aku ke Manjung sempena majlis kahwin cousin aku yang lewat dikhabarkan ke telinga ku, membuatkan rancangan 'KL' aku lebur.

Memandangkan hampir seluruh ahli keluarga aku mahu ke Manjung, maka aku pun ikut serta. Cuti yang sudah lulus beberapa hari nanti, aku lalui juga dengan bosan...

Aku masih lagi lapar. Aku ke pantry dulu.

Monday, January 26, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Entri ini bukan untuk aku. Harus diingat itu.

Ini untuk office mate aku. Ya. Pada Hari Raya Cina kawan aku buat wedding celebration. Lewat jugak aku ke sana. Hampir pukul 5 petang. Majlis pun hampir ke penghujung. Sahabat handai sudah lama balik (barangkali). Ada seorang teman bersama suami dan anaknya hampir selesai menjamu selera ketika aku sampai.

Lambat aku bukan sengaja. Lambat aku sebab menunggu seorang teman. Teman yang menghadiri majlis kenduri (lain) di lokasi yang lain untuk datang menjemput aku. Ya. Aku lambat sebab menunggu. Rentetan dari menunggu aku itu, aku lambat ke majlis tersebut. Lauk pun hampir kehabisan. Namun, atas tiket lambat itu, membolehkan aku mengambil shot-shot di bawah.


Ini sahaja yang dapat aku letak. Gambar aku bersama pengantin, biar aku simpan untuk koleksi peribadi.

Majlis diadakan di dewan. Satu pendedahan yang baik untuk aku nanti hehehe... Boleh la aku plan dan bajet dari awal :P

Kos tempahan dewan untuk 1 hari hanya RM1,000. Bagi aku murah dan sedang elok saja tu. Tapi tak tahu lah bila ++ dengan kos yang lain jadi mahal?? Ahh..! Tak perlu sakit kepala. Majlis aku lambat lagi. Belum nampak lagi tanda-tandanya. Walaupun kenalan aku ramai, tapi belum nampak lagi tanda-tanda di dahi mereka yang sesuai untuk diajak kahwin. Mungkin mereka juga sedang mencari tanda itu di dahi aku?? Tanda 'suami' atau 'isteri' tidak muncul di dahi. Paling penting gerak hati aku. Mungkin aku malas atau tidak mahu kisah pasal gerak hati sendiri.

Sudah. Aku mula pening. Nanti sahaja aku fikir pasal gerak hati sendiri. Sekarang aku mahu layan kartun di Saluran Ceria. Ini pun terpengaruh dengan budak-budak kecik 2 orang ini. Cuti sekolah, kamu lepak rumah atuk baik-baik ya. Kalau nakal, aku malas hantar balik Penang. Pergi naik bas!

Friday, January 23, 2009

Snek Sihat

Sekejap tadi, aku dan adik ke Pasar Malam Taman Nuri. Kalau mahu ke pasar malam, aku suka ke sini. Meriah. Aku juga suka sebab sate di sini murah. Satu cucuk hanya 20 sen.

Selalunya, aku ke pasar malam hanya mahu membeli snek di atas. Pelbagai snek sihat ada di sini, dan malam ini adik aku bayar untuk snek yang kami beli (dia beli sebenarnya, aku makan saja..).

Snek sihat bersempena Tahun Baru Cina iaitu limau tidak perlu dibeli lagi sebab masih ada satu kotak di rumah (dan hampir-hampir habis 'dibaham' ahli keluarga..).

Erm... bosannya kalau bercuti terlalu lama. Apa lagi mahu dibuat? Makan saja lah nampaknya, heh!

Tuesday, January 13, 2009

Kenangan Lalu Mengusik Kalbu

1. Awal Muharram 1430H aku ke sini, lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Dan pastinya aku akan ke sini selagi generasi keluarga terus menerus menimba ilmu ke sini.

Perpustakaan Tun Abdul Razak I atau sinonim dengan PTAR I (tidak perlu aku nyatakan lokasinya) sebenarnya tidak banyak kenangan bersama ku. Sesekali mencari bahan rujukan sahaja akan membawa aku ke sini. Cuma kawasan sekitar ketika aku mengambil gambar itu yang membawa banyak kenangan. Tempat aku bersama rakan-rakan menelaah bila tiba musim 'perang' (baca : peperiksaan).

Lokasi strategik, bukan apa. Lebih untuk menjamu mata sambil menjeling kereta, motor dan abang-abang hensem berulang-alik dari kelas atau awek-awek menarik perhatian yang menunggu bas untuk pulang ke kolej / keluar bandar.

Aku rindu kamu tahu!

2. Ini 2 hari sebelum Awal Muharram 1430H. Aku menontor teater. "Sireh Bertepuk, Pinang Menari" yang di persembahkan oleh budak-budak teater dari Taman Budaya Negeri Kedah. Cuba kamu perhatikan gadis berbaju merah jambu (dua dari kiri, sebelah yang berbaju kuning tu) di atas pentas. Itu Puteri Kamaliah, watak utama yang dibawa dalam cerita ini. Cuba kamu perhatikan gambar di bawah ini pula.

Ini Puteri Kamaliah. Sebenarnya aku datang tengok teater ini pun kerana dia (walaupun aku berkerja hingga lewat petang hari itu). Tidak apa, tanda sokongan sebab dia adik aku! hehehe...

Menonton teater juga bagus sebab kesannya lebih mendalam. Lebih dramatik. Aku suka dan kamu juga patut cuba itu.

3. Ini juga aku rakam 2 hari sebelum aku menonton teater (adik aku). Ketika ini cuti Hari Natal. Konon petang-petang Krismas begini aku dan kakak aku mahu melakukan riadah di taman. "Mahu jogging", katanya. Tapi sebaliknya kami terdampar di sini. "Hujan pulak", katanya lagi. Ya, hujan ketika itu. Tapi renyai-renyai.

Semangat anak buah aku turut lebur. Tetapi mereka tetap ceria. Seperti tidak pernah melihat laut, mereka leka bermain pasir di sini. Mahu bermain air takut di marah oleh sang ibu. Nisa (yang suka bergambar) ceria ketika aku memanggilnya. Nayli (yang takut bergambar) seperti biasa, buat-buat tidak dengar.

Dan, ini sahaja yang dapat aku rakam ketika kami menikmati makan malam di medan selera berhampiran. Oh! Lupa mahu nyatakan lokasinya di sini. Kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam. Pasti menjadi lokasi aku dan teman-teman ketika berkunjung ke Seberang Perai nanti. (Tengok sahaja Nayli yang sudah memberi amaran kepada ku jika gambarnya dirakam.)

4. Ganjaran bagi kenangan ini sungguh tidak seronok! Ini hadiah yang aku terima bagi Sukan Antara Rumah yang aku cerita dulu. Hadiah ini bagi tempat kedua. Hadiah tempat pertama masih tidak aku terima sehingga hari ini. Bakal lesap bersama pengurus dan ketua pasukan barangkali!

Petang semalam, teman di kelas aerobik memaklumkan yang hadiah bagi johan dan naib johan merupakan benda yang sama. Ahh! Malas aku peningkan kepala dengan perkara-perkara remeh seperti ini. Apa susah. Tahun ini aku relaks-relaks sahaja di bangku penonton. Eh? Buat apa pergi menonton kamu bermain, baik lepak sahaja di rumah.

Oh! Sebelum aku lupa. Hari ini birthday kakak aku yang ke 35. Happy Birthday Sis!

Thursday, January 8, 2009

Acara - Pembentuk - Tubuh

Petang semalam, selepas waktu pejabat, aku ke kelas aerobik. Rutin aku setiap minggu jika tidak ada latihan bola (tampar).

Rutin ini, rutin tahun baru. Saja gatal sebab ada seorang rakan yang baru menyertai kelas aerobik ini. Jadi tumpang ada 'geng' yang sama-sama baru di kelas, buat aku tidak segan mahu ber'aerobik'.

Tapi petang semalam, lain sikit persekitarannya. Ramai betul pengamal aerobik yang datang. Tapi, tidak apa. Walaupun aku ni pemalu orangnya, aku tetap melakukan senaman itu tanpa rasa malu-malu (maklumlah orang baru macam aku, pasti agak 'terhegeh-hegeh' melakukan gerak aerobik yang tidak biasa dilakukan).

Dan tumpuan aku ketika melakukan aerobik juga sedikit terganggu (walaupun sebenarnya setiap minggu memang ada gangguan contohnya, aksi-aksi tersalah langkah atau tersalah lompat yang boleh membuatkan aku tersengih lebar ketika melihatnya atau ketika aku sendiri tersalah buat).

Semalam, gangguan aku ini berada di depan mata (dan aku tidak sedar pun bila dia muncul). Gangguan ini hanya mampu buat aku berpaling ke arah rakan di sebelah kemudian tersenyum. Gangguan aku ini aku agak seorang kaki kelab yang rindukan aluan muzik dan teman-teman kelabnya. Mungkin dia teruja mendengar muzik rancak sehingga terlupa yang dia berada di kelas aerobik bukan di kelab malam. Heh!

Terganggu? Ya. Memang terganggu. Walaupun aku perempuan, tetapi apabila melihat perempuan menarik, bisa mengalihkan tumpuan ku. Hehehehe... Aku cakap perempuan menarik dan bukannya perempuan cantik ya! Mesti tahu membezakan antara kedua itu!

Tidak kisah lah dia gian nak pergi ke kelab atau tidak, tetapi yang menjadi halnya di sini, dia tidak ikut rentak seperti insructor di depan. Itu benar-benar buat aku sedikit panas. Sudah lah aku pelajar baru. Terkedek-kedek mahu cari rentak, ini dia syiok je buat rentak sendiri. Di depan aku pulak tu! Haish..! Kamu buat aku asyik tengok kamu je beb..!

Punah masa aerobik aku semalam; 1. sebab dia menarik (dari segi potongan badan-walaupun sedikit kurus), 2. sebab dia terlompat-lompat di depan aku sehingga aku tidak dapat melihat insructor di hadapan, 3. sebab dia di hadapan aku, jadi aku terpaksa berada di belakang dia, 4. sebab bila dia ada di hadapan aku dan aku pula di belakang dia, menyebabkan aku selalu terpijak kaki pengamal aerobik di belakang aku, 5. sebab.... err.. err.. apa ek??

Haish.. Semua sebab-sebab di atas tu ala-ala tak best saja. Tapi keseluruhan proses acara pembentuk tubuh semalam, aku amat berpuas hati sebab (lagi..) aku sudah berjaya mengikut rentak yang diajar. Tahniah untuk aku!

Aku akan 'upgrade' kan lagi langkah aku minggu hadapan.

Monday, January 5, 2009

Beban Kerja Menanti di Tahun Baru

Sibuk.

Itu yang boleh aku gambarkan sekarang ini.

Beban kerja yang aku tanggung hampir sebulan sebelum datangnya tahun baru, benar-benar menguji tahap kekebalan emosi dan mental aku.

Beban kerja Boss aku ditambah dengan beban kerja aku sebagai kuli, dan tambah lagi dengan beban kerja kuli-kuli lain yang pelbagai pangkat.

Bila emosi terganggu, mental turut tidak stabil dan akan mengakibatkan tubuh badan seperti mengeluarkan aura negatif kepada pemilik tubuh badan dan kepada persekitarannya. Ini hampir-hampir berlaku kepada aku seminggu sebelum tahun baru. Hampir-hampir juga orang di persekitaran ku menerima habuannya. Tetapi, aku tidak mahu itu terjadi. Nasib baik amalan pernafasan yang aku amalkan, juga 'sensor' positif yang aku tanam dalam kepala otak aku dapat meneutralkan keadaan aku. Fuhh..! Lega!

Beban kerja itu semua nampaknya akan aku bawa ke tahun 2009 ini. (apa taknya, Boss aku seperti sudah melepaskan semua kerja-kerjanya kepada ku) Serius! Walaupun Big Boss tidak berkata begitu, tapi aku tahu kerana deria keenamku seperti mengiyakannya (tak adil! aku mahu semua elaun Boss aku).

Sebut pasal deria keenam, satu lagi habuan yang bakal aku terima (kerana tempiasnya hampir-hampir aku rasa). Hari terakhir bagi tahun 2008, aku menerima berita yang aku bakal naik pentas awal tahun ini, kemungkinan bulan Februari (aku tidak pasti itu). Tapi, (ya! ada tapinya..) semua itu bergantung kepada keputusan Lembaga-Lembaga Pengarah untuk meluluskannya. Ya, semua ini perlu (agar tidak ada unsur-unsur riak pada ayat-ayat aku nanti hehehehe...).

Ermm...tidak mengapa. Aku tetap berlagak seperti biasa.

(Aku tidak ada masa lagi. Perlu segera tempah baju ke tailor! lol )