Thursday, January 8, 2009

Acara - Pembentuk - Tubuh

Petang semalam, selepas waktu pejabat, aku ke kelas aerobik. Rutin aku setiap minggu jika tidak ada latihan bola (tampar).

Rutin ini, rutin tahun baru. Saja gatal sebab ada seorang rakan yang baru menyertai kelas aerobik ini. Jadi tumpang ada 'geng' yang sama-sama baru di kelas, buat aku tidak segan mahu ber'aerobik'.

Tapi petang semalam, lain sikit persekitarannya. Ramai betul pengamal aerobik yang datang. Tapi, tidak apa. Walaupun aku ni pemalu orangnya, aku tetap melakukan senaman itu tanpa rasa malu-malu (maklumlah orang baru macam aku, pasti agak 'terhegeh-hegeh' melakukan gerak aerobik yang tidak biasa dilakukan).

Dan tumpuan aku ketika melakukan aerobik juga sedikit terganggu (walaupun sebenarnya setiap minggu memang ada gangguan contohnya, aksi-aksi tersalah langkah atau tersalah lompat yang boleh membuatkan aku tersengih lebar ketika melihatnya atau ketika aku sendiri tersalah buat).

Semalam, gangguan aku ini berada di depan mata (dan aku tidak sedar pun bila dia muncul). Gangguan ini hanya mampu buat aku berpaling ke arah rakan di sebelah kemudian tersenyum. Gangguan aku ini aku agak seorang kaki kelab yang rindukan aluan muzik dan teman-teman kelabnya. Mungkin dia teruja mendengar muzik rancak sehingga terlupa yang dia berada di kelas aerobik bukan di kelab malam. Heh!

Terganggu? Ya. Memang terganggu. Walaupun aku perempuan, tetapi apabila melihat perempuan menarik, bisa mengalihkan tumpuan ku. Hehehehe... Aku cakap perempuan menarik dan bukannya perempuan cantik ya! Mesti tahu membezakan antara kedua itu!

Tidak kisah lah dia gian nak pergi ke kelab atau tidak, tetapi yang menjadi halnya di sini, dia tidak ikut rentak seperti insructor di depan. Itu benar-benar buat aku sedikit panas. Sudah lah aku pelajar baru. Terkedek-kedek mahu cari rentak, ini dia syiok je buat rentak sendiri. Di depan aku pulak tu! Haish..! Kamu buat aku asyik tengok kamu je beb..!

Punah masa aerobik aku semalam; 1. sebab dia menarik (dari segi potongan badan-walaupun sedikit kurus), 2. sebab dia terlompat-lompat di depan aku sehingga aku tidak dapat melihat insructor di hadapan, 3. sebab dia di hadapan aku, jadi aku terpaksa berada di belakang dia, 4. sebab bila dia ada di hadapan aku dan aku pula di belakang dia, menyebabkan aku selalu terpijak kaki pengamal aerobik di belakang aku, 5. sebab.... err.. err.. apa ek??

Haish.. Semua sebab-sebab di atas tu ala-ala tak best saja. Tapi keseluruhan proses acara pembentuk tubuh semalam, aku amat berpuas hati sebab (lagi..) aku sudah berjaya mengikut rentak yang diajar. Tahniah untuk aku!

Aku akan 'upgrade' kan lagi langkah aku minggu hadapan.