Tuesday, January 13, 2009

Kenangan Lalu Mengusik Kalbu

1. Awal Muharram 1430H aku ke sini, lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Dan pastinya aku akan ke sini selagi generasi keluarga terus menerus menimba ilmu ke sini.

Perpustakaan Tun Abdul Razak I atau sinonim dengan PTAR I (tidak perlu aku nyatakan lokasinya) sebenarnya tidak banyak kenangan bersama ku. Sesekali mencari bahan rujukan sahaja akan membawa aku ke sini. Cuma kawasan sekitar ketika aku mengambil gambar itu yang membawa banyak kenangan. Tempat aku bersama rakan-rakan menelaah bila tiba musim 'perang' (baca : peperiksaan).

Lokasi strategik, bukan apa. Lebih untuk menjamu mata sambil menjeling kereta, motor dan abang-abang hensem berulang-alik dari kelas atau awek-awek menarik perhatian yang menunggu bas untuk pulang ke kolej / keluar bandar.

Aku rindu kamu tahu!

2. Ini 2 hari sebelum Awal Muharram 1430H. Aku menontor teater. "Sireh Bertepuk, Pinang Menari" yang di persembahkan oleh budak-budak teater dari Taman Budaya Negeri Kedah. Cuba kamu perhatikan gadis berbaju merah jambu (dua dari kiri, sebelah yang berbaju kuning tu) di atas pentas. Itu Puteri Kamaliah, watak utama yang dibawa dalam cerita ini. Cuba kamu perhatikan gambar di bawah ini pula.

Ini Puteri Kamaliah. Sebenarnya aku datang tengok teater ini pun kerana dia (walaupun aku berkerja hingga lewat petang hari itu). Tidak apa, tanda sokongan sebab dia adik aku! hehehe...

Menonton teater juga bagus sebab kesannya lebih mendalam. Lebih dramatik. Aku suka dan kamu juga patut cuba itu.

3. Ini juga aku rakam 2 hari sebelum aku menonton teater (adik aku). Ketika ini cuti Hari Natal. Konon petang-petang Krismas begini aku dan kakak aku mahu melakukan riadah di taman. "Mahu jogging", katanya. Tapi sebaliknya kami terdampar di sini. "Hujan pulak", katanya lagi. Ya, hujan ketika itu. Tapi renyai-renyai.

Semangat anak buah aku turut lebur. Tetapi mereka tetap ceria. Seperti tidak pernah melihat laut, mereka leka bermain pasir di sini. Mahu bermain air takut di marah oleh sang ibu. Nisa (yang suka bergambar) ceria ketika aku memanggilnya. Nayli (yang takut bergambar) seperti biasa, buat-buat tidak dengar.

Dan, ini sahaja yang dapat aku rakam ketika kami menikmati makan malam di medan selera berhampiran. Oh! Lupa mahu nyatakan lokasinya di sini. Kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam. Pasti menjadi lokasi aku dan teman-teman ketika berkunjung ke Seberang Perai nanti. (Tengok sahaja Nayli yang sudah memberi amaran kepada ku jika gambarnya dirakam.)

4. Ganjaran bagi kenangan ini sungguh tidak seronok! Ini hadiah yang aku terima bagi Sukan Antara Rumah yang aku cerita dulu. Hadiah ini bagi tempat kedua. Hadiah tempat pertama masih tidak aku terima sehingga hari ini. Bakal lesap bersama pengurus dan ketua pasukan barangkali!

Petang semalam, teman di kelas aerobik memaklumkan yang hadiah bagi johan dan naib johan merupakan benda yang sama. Ahh! Malas aku peningkan kepala dengan perkara-perkara remeh seperti ini. Apa susah. Tahun ini aku relaks-relaks sahaja di bangku penonton. Eh? Buat apa pergi menonton kamu bermain, baik lepak sahaja di rumah.

Oh! Sebelum aku lupa. Hari ini birthday kakak aku yang ke 35. Happy Birthday Sis!