Monday, January 26, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Entri ini bukan untuk aku. Harus diingat itu.

Ini untuk office mate aku. Ya. Pada Hari Raya Cina kawan aku buat wedding celebration. Lewat jugak aku ke sana. Hampir pukul 5 petang. Majlis pun hampir ke penghujung. Sahabat handai sudah lama balik (barangkali). Ada seorang teman bersama suami dan anaknya hampir selesai menjamu selera ketika aku sampai.

Lambat aku bukan sengaja. Lambat aku sebab menunggu seorang teman. Teman yang menghadiri majlis kenduri (lain) di lokasi yang lain untuk datang menjemput aku. Ya. Aku lambat sebab menunggu. Rentetan dari menunggu aku itu, aku lambat ke majlis tersebut. Lauk pun hampir kehabisan. Namun, atas tiket lambat itu, membolehkan aku mengambil shot-shot di bawah.


Ini sahaja yang dapat aku letak. Gambar aku bersama pengantin, biar aku simpan untuk koleksi peribadi.

Majlis diadakan di dewan. Satu pendedahan yang baik untuk aku nanti hehehe... Boleh la aku plan dan bajet dari awal :P

Kos tempahan dewan untuk 1 hari hanya RM1,000. Bagi aku murah dan sedang elok saja tu. Tapi tak tahu lah bila ++ dengan kos yang lain jadi mahal?? Ahh..! Tak perlu sakit kepala. Majlis aku lambat lagi. Belum nampak lagi tanda-tandanya. Walaupun kenalan aku ramai, tapi belum nampak lagi tanda-tanda di dahi mereka yang sesuai untuk diajak kahwin. Mungkin mereka juga sedang mencari tanda itu di dahi aku?? Tanda 'suami' atau 'isteri' tidak muncul di dahi. Paling penting gerak hati aku. Mungkin aku malas atau tidak mahu kisah pasal gerak hati sendiri.

Sudah. Aku mula pening. Nanti sahaja aku fikir pasal gerak hati sendiri. Sekarang aku mahu layan kartun di Saluran Ceria. Ini pun terpengaruh dengan budak-budak kecik 2 orang ini. Cuti sekolah, kamu lepak rumah atuk baik-baik ya. Kalau nakal, aku malas hantar balik Penang. Pergi naik bas!