Monday, January 5, 2009

Beban Kerja Menanti di Tahun Baru

Sibuk.

Itu yang boleh aku gambarkan sekarang ini.

Beban kerja yang aku tanggung hampir sebulan sebelum datangnya tahun baru, benar-benar menguji tahap kekebalan emosi dan mental aku.

Beban kerja Boss aku ditambah dengan beban kerja aku sebagai kuli, dan tambah lagi dengan beban kerja kuli-kuli lain yang pelbagai pangkat.

Bila emosi terganggu, mental turut tidak stabil dan akan mengakibatkan tubuh badan seperti mengeluarkan aura negatif kepada pemilik tubuh badan dan kepada persekitarannya. Ini hampir-hampir berlaku kepada aku seminggu sebelum tahun baru. Hampir-hampir juga orang di persekitaran ku menerima habuannya. Tetapi, aku tidak mahu itu terjadi. Nasib baik amalan pernafasan yang aku amalkan, juga 'sensor' positif yang aku tanam dalam kepala otak aku dapat meneutralkan keadaan aku. Fuhh..! Lega!

Beban kerja itu semua nampaknya akan aku bawa ke tahun 2009 ini. (apa taknya, Boss aku seperti sudah melepaskan semua kerja-kerjanya kepada ku) Serius! Walaupun Big Boss tidak berkata begitu, tapi aku tahu kerana deria keenamku seperti mengiyakannya (tak adil! aku mahu semua elaun Boss aku).

Sebut pasal deria keenam, satu lagi habuan yang bakal aku terima (kerana tempiasnya hampir-hampir aku rasa). Hari terakhir bagi tahun 2008, aku menerima berita yang aku bakal naik pentas awal tahun ini, kemungkinan bulan Februari (aku tidak pasti itu). Tapi, (ya! ada tapinya..) semua itu bergantung kepada keputusan Lembaga-Lembaga Pengarah untuk meluluskannya. Ya, semua ini perlu (agar tidak ada unsur-unsur riak pada ayat-ayat aku nanti hehehehe...).

Ermm...tidak mengapa. Aku tetap berlagak seperti biasa.

(Aku tidak ada masa lagi. Perlu segera tempah baju ke tailor! lol )