Saturday, June 25, 2011

Penafian

Aturan Tuhan itu sudah tepat, cuma manusia saja masih degil.

Aku antara manusia yang degil itu.  

Lumrah mahkluk Tuhan, hanya akan puas bila kepala di hantuk benda keras, baru tersedar dan rasa sakit.

Tuesday, June 21, 2011

Hakikat

Adeh. Belum masuk 2 minggu training, badan aku letih dan trauma sana sini. Ankle injured, tangan bengkak, belakang badan sakit-sakit dan tenaga cepat betul kekeringan. Rasa macam diserap oleh matahari, terasa badan sudah hilang cecair segar. 

Gamaknya, sudah lama tak turun exercise, badan ini pun sudah berkarat dan hilang keanjalan. Mahu juga menafikan faktor usia penyebab semua ini terjadi, tapi bila difikir-fikirkan semula... ada kebenarannya. Perut cepat pulak berbunyi selepas training. Lepas makan, mata semakin kuyu. Haish... penangan umur memang bikin cemas saja. 

Sudah lama tidak main panas matahari, buat kulit manja terlampau.

Pheww! Di luar panas terik tapi mata dah ngantuk, aku masuk tidur saja tengahari ini. Nite. 

Saturday, June 18, 2011

Sengaja

Berdiam diri selama mungkin. Itu matlamat aku setakat ini, sebab aku yakin.. hasilnya sangat lumayan. Dan hingga ke hari ini, hasil daripada pemencilan dan kesabaran aku, kamu-kamu yang tidak peduli sudah mula menoleh.

Sesekali jadi bisu, boleh buat orang lain panas punggung kan?

Monday, June 13, 2011

Harapan

Tiada apa yang aku mahu untuk bulan ini, cuma mood yang baik daripada seorang majikan kepada pekerja. Harap-harap angin 'Si Kucing' luar biasa baik, jadi senang lah 'Si Tikus' keluar menari-nari untuk tugasan luar yang bakal tiba Julai ini. 

Hidup Itu Satu Cabaran

Cabaran yang mempunyai banyak pecahan dan dahan. Cabaran yang membuatkan seseorang lasak menghadapi badai realiti. Tapi, tidak semua orang dapat menanganinya. Maksud aku, setiap orang ada cara untuk menepis dan mengharungi ribut petir kehidupan masing-masing.

Jadi, walau seyakin mana pun aku katakan yang dinding batu itu keras, tapi kalau kamu tetap juga mahu mencuba menghantukkan kepala kamu ke dinding itu, maka aku dengan rela membiarkan saja perbuatan itu. Tipu kalau aku katakan yang aku langsung tidak terkesan dengan tindakan kamu, tapi apa lagi yang boleh aku buat. Fitrah manusia tidak akan puas selagi tidak mencuba. Biar hancur dan luluh jiwa melihat kamu terluka, namun itu saja jalan terbaik untuk kamu mengingati segala hasil daripada perbuatan kamu sendiri. Itu hakikat yang perlu kamu tanggung.

Pelajaran yang bakal kamu lalui hanya akan kamu rasai sekali. Namun jika kamu diberi peluang kedua, aku hanya berharap kamu tidak sia-siakannya kerana peluang sebegitu jarang berlaku. Kita tidak akan mendapat dua ganjaran dengan sekali usaha yang dikerjakan, dan kita juga tidak dihidupkan hanya untuk melebihkan sesuatu perkara. Semuanya perlu seimbang. 

Percayalah kamu, jika suatu hari kamu terasa terlalu bahagia, dikemudian hari sudah pasti hari yang paling murung bakal menjenguk. Jika hari ini kamu hanya dihidangkan dengan gelak ketawa, sudah pasti kamu akan berduka hiba dengan tangisan sepanjang masa. 

Hidup ini sudah cantik aturannya. Hanya kamu perlu touch-up mana yang patut.

Aku tulis ini bukan untuk kamu saja, malah aku tulis untuk diri aku juga.