Thursday, April 22, 2010

Kembali Untuk Tugas-tugas Pembersihan

Dah lama aku tak buat Spring Cleaning di sini. Sibuk sangat sejak berada di opis baru. Sedar tak sedar, sudah setahun aku di sini. Sesekali bertanya khabar dengan budak-budak di pejabat lama buat aku tersedar yang department aku dulu semacam ada sedikit masalah kepimpinan. Ya, perkara biasa bila ada pekerja baru ditempatkan di pejabat kamu. Kalau kamu tak membantunya, paling lekeh pun kamu mesti buat tak layan dan tak mahu ambil tahu pasalnya. Tak bertamadun betul perangai macam tu kan?

Apa-apa pun, aku tak salahkan pekerja senior yang membuli. Pekerja junior dan baru ini juga perlu ada ciri kepimpinan yang tinggi serta jati diri yang kuat dalam menghadapi tempat baru dan perangai buruk manusia yang akan menjadi sebahagian daripada memori kamu.

Macam mana aku survive di tempat baru? Oh, aku cuma pakai perisai di hati aku. Perisai yang sangat flexible. Adakalanya ia boleh menjadi lembut dan kadang-kala ia boleh menjadi sangat keras. Come on, janganlah terlalu serius.

Paling penting pada pendapat aku, gaya kepimpinan kamu yang menentukan sama ada kamu berjaya atau tidak di semua lokasi yang bakal kamu letak hidup kamu itu.

Jika tidak, bersedialah untuk dikalahkan dengan cara yang sangat tidak terhormat.