Tuesday, September 14, 2010

Ulang

Hari ini aku mula bekerja setelah 4 hari cuti berhari raya. Sudah aku agak, hari-hari yang sunyi dan kosong menyelubungi tempat kerja. Tambahan pula, Boss aku juga masuk opis hari ini, terus terasa sangat kelam :)

Mr. Mechanic tak berhenti-henti call dari pagi tadi hinggalah sekarang. Aduh, rimas betul aku. Bila aku tak pick-up-call-atau return-call-atau-text-kamu, maknanya aku tidak mahu diganggu atau seumpamanya. Susah kalau perkara-perkara yang melibatkan deria keenam tidak berfungsi dengan baik. Instinct, firasat atau apa-apa sahaja perkataan keramat yang boleh disamakan dengan maksud penyampaiannya, perlu diasah betul-betul supaya boleh menjadi penyuluh ketika kamu sesat dalam cahaya.

Kalau aku kira-kira, maunya lebih 7-8 kali Mr. Mechanic called aku, dan sebanyak bilangan itu jugak lah aku picit butang silent. Aku takut mahu bercerita lebih-lebih pasal kebencian takut-takut bertukar jadi kesukaan pulak. Jadi, ada baiknya aku hentikan saja cerita pasal dia.

Hari raya aku banyak habiskan masa depan lappy, online. Sampai ke jam 3-4 pagi lamanya. Gila! Kes teruja terjumpa kawan lama. Dan bila kes bersembang sampai tak ingat tidur ini, biasanya melibatkan kaum berlainan jenis dari aku la. Apa taknya, 19 tahun kami terputus khabar berita. Dan topik-topik yang dibualkan masih mengikut landasan (keretapi) yang betul. Bab-bab teruja selalunya aku akan cepat-cepat goncang hati sendiri agar tidak terus leka. Bukan apa, takut aku bakal terhidu dengan debunga-debunga racun yang baru berputik di taman hati. Dan kebiasaannya, bunga-bunga racun ini yang bakal merosakkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama.

Uish, ngeri!