Saturday, September 25, 2010

Taman Bunga

Bukan perkara-perkara cinta sahaja yang bisa menerbitkan segar di hati. Tapi, pasal hal kawan-kawan juga boleh menghasilkan perkara yang sama.

Sejak kebelakangan ini, hati dan perasaan aku sedikit terganggu. Entah dari mana, tiba-tiba kawan (lelaki) semasa aku sekolah rendah dan hampir 19 tahun tidak terlintas dalam akal fikiran aku, datang mengetuk pintu Facebook. Dan yang paling marvelous, dia ingat lagi aku walaupun aku hanya sempat bersekolah 1 tahun 6 bulan dengannya. Dan yang paling malang, aku pulak langsung tak ingat dia siapa. Aduh! Memang spoiled la aku nih! Nasib baik dia ada upload gambar dia kat situ. Dan nasib baik sweet!

Heh! Gatal.

Selepas ambil sedikit data pasal Si Sweet ni kat sorang kawan aku (yang satu sekolah rendah dengan kami. ermm... nasib baik ada jugak sorang dua kawan aku kat sekolah tu yang aku still contact sampai sekarang), aku cuba recall setiap memori yang masih berbaki. Ternyata, memang hampeh punya memori, dah banyak yang corrupted. Jadi, mau tak mau, kenalah aku tanya sendiri dengan mamat ni. Nama dia Eusry Eusoff.

Jadi, pertemuan pertama kami Sabtu lepas banyak terarah ke cerita-cerita lama di samping bertanyakan perkembangan terbaru. Walaupun, masa cuti hari raya minggu lepas dah banyak dibualkan di YM, tapi bila dah jumpa 4 mata.. tetap jugak tak habis bercerita.

Semalam, aku berbual lagi dengannya di YM. Macam jakun sangat lagaknya aku ni, memang berbunga saja hati setiap kali berbual. Dia mahu berjumpa aku lagi awal bulan depan sebab aku ada urusan di Kuala Lumpur.

"Jumpa sekejap pun okey, janji jumpa." Itu dia yang cakap. Aku kalau benda-benda semacam ini selalunya buat hati aku terdetik dan teringat kata-kata makde; Mula-mula tak cukup, lama-lama tak habis. Iyelah, biasanya awal-awal memang seronok, lama-lama takut boring pulak. Jadi, aku perlu rendahkan kuasa excited di hati masing-masing. Kalau bukan dia yang bertindak begitu nampaknya aku yang patut main peranan. Lagipun susah nak kekalkan sahabat yang bagus di usia aku ni. Setiap mereka yang ada kualiti dan memenuhi citarasa, perlu di jaga sebaik mungkin. Kalau sudah tercalar, takut-takut meninggalkan parut yang dalam dan susah sembuh.

Mencegah lebih baik daripada makan ubat kan?