Thursday, September 9, 2010

Raya

Sudah lama tak update blog. Sebab esok Raya, aku nak tulis jugak walaupun pendek.

Tahun ni, entah apa rajin sangat, rumah aku buat ketupat nasi. Biasanya makde rebus nasi himpit segera je, tapi kali ni terlebih rajin mau anyam daun ketupat. Bleh lah dapat dalam 50 biji. Satu jumlah yang sikit sebab saiz ketupat pun sangat kecil. Bermakna, seorang makan 2 biji. Memang agak susah untuk dapatkan daun kelapa untuk buat ketupat nasi di Utara ni. Daun palas, bersepah-sepah sebab kebanyakkan rumah di sini pastinya makan ketupat pulut. Dan sangat rare untuk rumah di sini mau buat ketupat nasi macam rumah aku buat.

Raya kali ini jugak, aku buat biskut raya (sendiri ok!). 5 jenis semuanya, tapi Choc Chip Cookies sudah settle dalam perut anak buah aku, jadi tinggal 4 jenis saja. Dan seperti biasa, aku akan tambah koleksi biskut raya dengan meng-order Tat Nenas. Itu saja biskut yang aku beli sebab aku suka makan Tat Nenas.

Menu utama tambahan (bagi kamu yang tak berapa selesa makan ketupat nasi, sayur lodeh ++ semua ni) seperti tahun sudah jugak, Soto Johor. Itu pun, makde aku jamu pada Hari Raya pertama saja. Kalau habis, makan saja lah home-made-cookies aku tu.

Raya tahun ini aku harapkan sangat meriah sebab ramai teman-teman (kononnya) mahu datang beraya dan mahu mengajak konvoi beraya ke rumah teman-teman yang lain. Itu sebenarnya isi penting. Bila kawan ramai dan mahu plan aktiviti mengunjung, terasa bercahaya seluruh alam.

Bila kamu rajin datang beraya ke rumah aku, sudah tentu aku jugak akan beraya ke rumah kamu. Itupun kalau dijemput lah.

Esok raya kan? So, Selamat Hari Raya.