Wednesday, June 2, 2010

Sesi Ubah Periuk Nasi

Semalam aku ada public speaking session dan hari ini sesi interview. Azabnya, jangan kamu tanya. Sudah lama tak menghadiri sesi temuduga untuk kerja, tiba-tiba hari ini aku perlu bersedia untuk itu. Nasib baik sudah selesai tengahari tadi. Fuh! Terasa mahu shuffle saja di luar bilik panel tadi.

Kekosongan untuk jawatan yang aku minta ini hanya ada 4, tapi seperti biasa calon yang layak lebih daripada 20 orang. Itu belum campur dengan calon luar lagi. Mahunya dalam 60 orang calon yang mencuba nasib untuk 4 jawatan tersebut.

Seperti biasa juga, deria keenam aku tidak menunjukkan sebarang getaran yang positif. Maknanya, aku perlu melakukan kerja-kerja aku seperti biasa di pejabat (buat 2 bulan lagi). Dan selepas habisnya bulan Julai, aku tidak tahu nasib aku seterusnya, samada terus kekal di kayangan, atau ditukarkan ke department lain. Aku berharap aku akan ditukarkan ke tempat lain sebab aku amat tidak sesuai berada di kayangan. Cukuplah tempoh setahun aku di sini. Perangai-perangai pelik aku sudah tidak sabar-sabar mahu reveal diri mereka yang sebenar. Aku mahu bebas di bumi pulak.

Next week aku ada kerja luar di Sumatera Utara. Jadi sambil bekerja sambil holiday. Walaupun aku keseorangan tanpa teman-teman kamceng, at least kerja-kerja untuk bulan ini berjalan mengikut perancangan. Nama pun kerja, urusan berlibur perlu aku tolak tepi seketika.

Harap-harap ada masa untuk shopping (dan harap-harap rupiah aku juga lancar).