Wednesday, November 3, 2010

Ayaq Bah!

Ya. Ya. Ya. Banjir teruk tahun ini, jika dibandingkan 5 tahun lepas. Kembang kecut pundi kencing aku bila tengok keadaan Sungai Badak yang mengganas berdekatan kejiranan aku. Mana tahu, ada kemungkinan melimpah ke dada jalan.

Gambar di atas aku snap 2 hari lepas. Ketika entri ini dipos, cuaca di Lembah Sintok sudah kembali bercahaya. Aktiviti mencuci kain yang menggunung tidak berbasuh, boleh dilakukan dengan hati yang girang. Cuma, aku agak ragu samada bekalan air paip akan tergendala atau tidak sebab bagi penghuni di sekitar Alor Setar, rata-rata mereka sudah terputus bekalan air bersih. Pengurus-pengurus premis seperti Tesco dan Giant mula tumbuh siong dengan menaikkan harga air mineral dan air minuman yang dijual.

Perkara yang aku tidak pernah buat seperti mendengar Kedah FM secara online juga telah menjadi rutin pula sejak 2-3 hari banjir melanda. Tapi seperti yang aku jangkakan, kecoh Dj Radio bersama para pemanggil agak tidak menarik minat aku. Namun, ku tahankan jua telinga mendengarnya hanya kerana dahagakan laporan terkini perkembangan banjir yang melanda di kawasan sekitar. Bukan apa, aku mahu mendapatkan info laluan ke Alor Setar.

Aku mahu pulang ke rumah makde. Konon, mahu celebrate Diwali di sana. Cuti 3 hari beb! Ermm... tapi rumah makde pun terputus bekalan air bersih. Kalau terus berada di sini, boleh jugak aku bermandi-manda. Apa pun, aku harapkan terputus bekalan air itu tidak berlarutan.

Akan terus ber-Kedah FM buat masa terdekat ini. Sigh!