Sunday, October 24, 2010

Hati oh Hati

Aduh. Agak penat dan mula bosan bergaduh dengan orang yang tidak ada (atau kurang) perasaan. Aku agak sensitif kalau ada mereka yang ganggu aku di pejabat hanya kerana mahu berbincang hal-hal peribadi. Maksud aku, lelaki yang tidak puas hati bahawa panggilan telefonnya tidak dijawab oleh aku, lalu dengan penuh confident, dialed number opis aku hanya kerana mahu bertanyakan soalan yang aku sendiri malas nak jawab.

Ya. Bila tidak suka, semua benda jadi buruk. Kalau hati sudah suka, seluruh dunia indah belaka. Dan yang paling malang, hati aku masih boleh berbudi bahasa menjaga hati-hati mereka yang tidak berperasaan itu. Iu yang diajar, itu juga yang aku praktikkan.

"Jangan sesekali menyakiti hati orang lain jika mereka tidak berbuat salah dengan kita."

"Tapi, jika masih mahu meluahkan rasa yang terbuku, berterus-terang lah, kerana kebenaran merupakan kepahitan yang membahagiakan."

Dan aku tidak mempraktikkan kedua ayat di atas. Dan padahnya, aku terus membiarkan hati sendiri parah.

Aku tahu kebenaran itu menyakitkan, sebab itu aku tidak sampai hati meluahkan perasaan. Hukum karma itu sudah pasti berlaku. Kalau hari ini aku menyakitkan hati orang lain, sudah pasti di lain waktu hati aku pulak yang bakal disakiti oleh mereka yang aku sayang.

So, here's the verdict.

Layankan saja selagi boleh.