Sunday, November 21, 2010

Pesta Fesyen Pengantin

Bila tiba cuti sekolah, perang kenduri kahwin pasti berlaku. Walaupun banyak perkara-perkara seperti hujan lebat diikuti pula dengan banjir hebat, orang kita tetap memilih cuti sekolah di penghujung tahun sebagai masa terbaik untuk sesi menyambut menantu.

Bulan Disember saja, aku sudah menerima 4 undangan ke majlis perkahwinan. 3 di sekitar Kedah dan 1 di Pasir Gudang, Johor. Di sebabkan aku masih berada dalam suasana berkabung-yang-tidak-membenarkan-aku-melancong-menggunakan-duit-sendiri-kecuali-di-sponsor, maka jemputan dari Pasir Gudang mungkin aku tolak. Dan mungkin juga, beberapa lagi jemputan yang agak jauh dari Lembah Sintok juga terpaksa dilupakan.

Nasi kenduri sama saja, yang berbeza cuma makanan sampingan. Itupun kalau bajet lebih, boleh jugak merasa bubur kacang atau laksa utara. Kalau tidak, nasi minyak sudah memadai.

Kalau aku diberi pilihan, penghujung tahun bukan hari yang sesuai untuk makan nasi minyak. Mungkin, Februari ke Julai atau awal Ogos. Cewah! Statement poyo je kan?