Monday, August 8, 2011

Biasakan Diri dengan Tidak Selesa

Cuti berhari raya sudah diluluskan. Tidak lama yang aku ambil, cuma 3 hari. Tapi agak lama kalau dicampur dengan cuti 'free' yang diberi kerajaan. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku apply seminggu dua lagi. Biar habis kesemua baki cuti tahunan. Tapi, apakan daya. Aku penjawat awam, perlu berkerja untuk negara tercinta.

Hari ini di pejabat agak sunyi. Bulan puasa biasanya masing-masing sibuk memenuhi aktiviti keagamaan. Untung bagi kamu-kamu yang berada di opis besar, boleh jugak bergilir-gilir menjaga opis disebabkan mempunyai kekuatan yang kuat. Tapi di tempat aku, agak susah sikit nak menyelit walau seorang dua. Kesannya sangat ketara. Contohnya macam hari ini, 3-4 orang ke Pusat Islam sebab ada 2-3 aktiviti yang menanti. Aku dan 2-3 orang lagi, perlu jugak bergilir-gilir kalau-kalau mahu keluar ke bilik air. Susah kan?

Haish...