Saturday, October 1, 2011

Chit Chat

Semalam, semasa perjalanan aku menghantar makde ke stesyen bas, aku berkongsi cerita dengannya pasal cinta. Memang begitu lah kami, berkongsi pengalaman dan pendapat tanpa ada rahsia. Makde memang mengamalkan dasar terbuka dengan anak- anaknya. Aku juga mahu buat begitu jika diberi peluang, insyaallah.

Dalam menjalinkan hubungan perasaan dengan mana-mana manusia, aku meletakkan satu prinsip mudah; 'Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mengecewakan.' Jadi aku tidak meletakkan sebarang pengakhiran yang membahagiakan. Cuma yang ini lain sedikit. Aku seakan dapat merasakan bahagia sekurang-kurangnya buat masa ini dan itu sudah mencukupi.

Bila aku mula mengambil langkah pertama untuk meninggalkan masa lalu dan mula dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan wajah-wajah baru, masa lalu seakan cemburu dengan perubahan aku. Ia mula mengetuk-ngetuk tangkai hati, membuatkan aku mula berkira-kira. Sebenarnya, keputusan aku sudah pasti, cuma perasaan kasihan ini sangat menebal menyebabkan aku tidak sampai hati untuk berlalu pergi. Makde cakap, orang yang bercinta sama juga dengan orang yang mencari kerja. Bila masa tak ada peluang, tiada siapa pun datang merisik. Namun, bila satu peluang datang, banyak pulak yang memberi tawaran. Dari situ, kita perlu lah pandai memutuskan yang terbaik untuk kita sama ada masa kini dan akan datang.

Aku perlu menjarakkan diri buat sementara waktu. Biar kesunyian dan kesibukan hidup bercampur sebati. Jadi mudah untuk aku tinggalkan masa lalu.

Published with Blogger-droid v1.7.4