Saturday, November 14, 2009

Sisi Waras Manusia Aku

Orang cakap, kalau kita sayangkan seseorang. baik dilepaskan. Kalau dia kembali kepada kita, bermakna dia juga sayangkan kita. Tapi bagi aku, mengapa perlu dilepaskan seseorang yang kita sayang. Lainlah kalau dia memang tidak suka atau tidak ada perasaan sayang terhadap kita. Kalau itu berlaku, buat apa buang masa menagih dan merayu. Terima dan lepas saja dengan senang hati. Yakin, tuhan pasti ada perancangan yang lebih baik.

Memang agak sukar memuaskan hati jika melibatkan pihak lain. Apa tidaknya, hati sendiri pun susah nak dipuaskan, apatah lagi hati orang lain. Dari dulu aku sentiasa belajar setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikannya. Menerima sesuatu yang berlaku dengan lapang dada bisa mententeramkan jiwa. Buat apa berdendam dan mengotorkan hati sendiri dengan memikirkan sikap manusia yang tidak pernah mempedulikan perasaan dan keadaan kita. Kalau mereka bodoh, biar saja mereka bodoh sendirian. Jangan kita yang cerdik pandai ini terikut-ikut perangai bodoh mereka dengan menyimpan dendam dengan perangai buruk mereka.

Berbual-bual dengan Mode: Rindu memang membuatkan jiwa aku sedikit tercuit. Iyalah, bila dia bertanyakan kenapa aku semacam melarikan diri darinya dengan tidak menjawab panggilannya dan membalas mesej teksnya membuatkan aku mahu hentak saja lappy ke meja. Tapi, kesabaran masih menebal di dada. Dan rasa siuman masih melingkar di kepala membuatkan pertanyaannya itu aku sambut dengan gelak ketawa. Patutlah teman-temannya cakap dia slow. Baru aku tahu kenapa mereka berkata begitu.

"Dulu you memang plan nak kahwin dengan I ek?" Dia bertanya.

Apa jenis soalan dia tanya aku. Aku tak mahu buang masa aku cerita pasal hal-hal lama yang tidak membina. Jadi aku jawab dengan sopan.

"Kenapa tanya kalau dah tahu. Tapi, tuhan tu kan Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dia tahu mana yang baik untuk kita kan."

Baikkan aku, orang sudah sakitkan hati tapi masih menjaga adab-adab ketika berbual supaya tidak ada hati yang terluka.

Padahal jawapan hati aku begini:

"Ya Tuhan, nasib baik lah kita putus. Bagus juga lah kau bukan jodoh aku sebab ramai lagi lelaki hensem dan lebih pick up daripada kau yang slow ni."

Itu cuma kata-kata aku yang lagi satu. Kata-kata sisi jahat aku.

Apa pun, aku masih bersyukur sebab apa saja ujian Tuhan, semestinya ada kebaikan menunggu di hujung jalan. Alhamdulillah.