Sunday, June 28, 2009

Aku Cuba Stabilkan Hidup dan Kerja

Agak lama tidak menulis di sini. Walaupun sudah lebih 2 bulan di ofis baru, ada kalanya aku gagal untuk kekalkan tahap prestasi yang cuba dikeluarkan dalam sistem aku ini. Dan bila bercakap pasal prestasi, untuk makluman kamu, aku berjaya juga 'catwalk' di pentas APC. Heh! Meletops bak cakap room mate aku. Sudah. Bukan itu persoalannya di sini. Lagipun wang saguhati sudah habis aku belanja. Buat bayar hutang yang tertunggak beberapa bulan.

Jika dibandingkan hidup di waktu pejabat dan di luar pejabat, aku lebih suka di luar waktu pejabat. Aku lebih bebas. Ahh! Tolonglah. Aku perlu betulkan sistem pemikiran aku yang lemah ini. Okey, kita cuba sekali lagi.

Jika dibandingkan hidup di waktu pejabat dan di luar pejabat, aku lebih suka di luar waktu pejabat. Ahh! Maaf. Aku tidak boleh ubah cara sistem aku bekerja. Memang itu rutin. Kehidupan di luar waktu pejabat ibarat syurga.

Jadi, aku akan mencari aktiviti-aktiviti bagi mengisi keseronokan hidup di luar waktu pejabat, ataupun di luar pejabat (walaupun ketika aku outstation dan masih melakukan tugas-tugas rasmi untuk pejabat).

Malam tadi aku menonton filem ini buat kali yang kedua. Kali pertama di TGV Penang dan malam tadi di JCM Jitra Mall. Hah! tidak glamour panggung di sini, tapi sudah cukup membuatkan warganya up-to-date dengan demam yang melanda. Bayangkan, kesemua hall yang ada, dari pagi sampai ke pagi buta, semuanya menayangkan filem hebat masa ini. Tidak seperti di TGV, tiada bekalan poster diberi walaupun harga tiket sama RM 10.

Ermm... aku perlu membuat sedikit anggaran perbelanjaan dari sekarang sebab banyak papan-papan poster mengenai filem-filem hebat bakal meletup pada Julai nanti. Semestinya aku tidak mahu ketinggalan melompat-lompat di cinema walaupun selama ini aku hanyalah penonton DVD murah di rumah.

Bukan mahu mencari alasan tetapi beban kerja di pejabat sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan aku secara rawak.

Sebetulnya, aku saja yang tidak tahu bersyukur.