Sunday, May 17, 2009

Aku Juga Sibuk Di Hujung Minggu

Apa yang sedapnya dengan makanan Jepun bagi penduduk Malaysia? Aku hairan tapi aku cuba juga ke Sushi King untuk mencuba. Bukan tidak pernah menikmati sushi sebelum ini, malah aku pernah buat sushi semasa zaman belajar dulu. Biasa saja rasanya. Ada sticky rice dan lauk memang sangat biasa.


Bagi kamu yang menggemari masakan yang berasaskan pulut, pasti tiada masalah dengan makanan Jepun. Tapi harus diingat bahawa masakan Jepun bukan sekadar pulut semata. Ada lagi masakan lain yang boleh dinikmati oleh manusia seperti aku (yang agak kurang dengan pulut).

Jadi, di Restoran Sushi King baru-baru ini aku mencuba Kushi Katsu Curry. Rasanya? Ermm...macam makan pulut kari di kedai mamak. Hehehe...

Dan satu lagi. Wasabi yang dikatakan sangat pedas, tidak pedas pun sebenarnya. Cuma fungsinya seolah-olah letupan kecil di hujung lidah hanya memberi kesan dramatik ketika aku bertungkus-lumus menghabiskan sisa makanan di plate yang panas.

Fuhh! Kenyang perut aku. Ada lagi Ikameshi Curry (Sotong Sumbat Pulut) yang perlu dihabiskan seorang diri kerana room mate aku alergi seafood. Dan aku telah alter sotong tersebut menjadi Sotong Goreng Kunyit. Yum! Yum!